Sunday, October 21, 2007

Cerita - Ceriti

Cerita - Ceriti

Sebelom raya ari tu ako pegi membeli belah. Bukan membeli belah barangan untuk beraya. Barang-barang tu sumer dah lama siap, tunggu nak pakai jer. ako pegi ke USJ 14/15 sebab ader kawan kepada kawan ako kater yang kat sana ader satu kedai yang menjual DVD dan VCD. Setelah menyiapkan duit selebih-lebih nyer, ako

Dalam kol 11 malam ako sampai sana. Punyer la sonok giler dok sana. Rasa nye kalu kaya dah lama ako borong semua DVD dalam kedai tu. Banyak pilihan plak tu. Setelah puas pusing-pusing kedai tu dekat 2jam ako pon buat pilihan membeli mender kat bawah ni.

DVD
Last of the Mohicans

ako cukup minat citer nie dari dulu lagik. Tak ingat ako baper kali ako layan citer nie dan tak ingat ako beper kali orang kebas DVD citer nie dari koleksi ako . 1st time ako nengok Madeline Stowe berlakon. Giler cun minah nu. Daniel Day-Lewis berlakon ok gak. Nampak macam berkesan sungguh dia acting. Ader beberapa scene yang ako minat. Antara nyer :

+ Scene dalam bilik sakit.

Masa Madeline Stowe tu kat bilik orang sakit, Daniel Day-Lewis dok usha.

Madeline Stowe tu tanya “What are you looking at, Mr. Poe?”
Daniel Day-Lewis tu cakap ngan selamba “Why, I am looking at you, Miss”

Tak tau la nak cakap macam mana cun giler muka Madeline Stowe tu. Tak tau ler sebab makeup ker atau tidak, tapi pipi dan muka Madeline Stowe memang jadi merah padam. Kalau orang cakap tertunduk malu macam mana, ako rasa aksi macam tu la kot.

+ Scene sebelom Daniel Day-Lewis terjun dari waterfall.

Terangsang ako biler dengar Daniel Day-Lewis tu cakap kat Madeline Stowe “Listen. Submit. You hear me?
You're strong. You stay alive. I will find you. No matter how far, how long it takes...”



Resident Evil 3 : Extinction

ako menaruh harapan yang tinggi pada citer nie setelah ako dikecewakan ngan citer Resident Evil 2. tapi malang nyer sekali lagi ako dikecewakan. Apa yang ako harapkan musnah. Citer nyer lagi mengarut dari RE-2. sekarang Mila dah ader kuasa mental yang bole buat force field sekeliling dia. Pulak?!

Audio CD

- Botak disco collection

Citer nyer ako pegi pasar malam. Jenjalan carik makan. Tetiba telinga ako dengar satu lagu yang agak best didengar. Rentak lagu dia pon lain dan penuh dengan ceria. ako pon mampir ke tempat asal nyer lagu itu berkumandang. O! Gerai jual VCD ruper nyer. ako buat-buat nengok VCD ngan DVD yang ader atas meja tu. ako tak la kemaruk sangat nak beli DVD/VCD ari tu sebab ada 2-3 DVD baru yang ada pon belom ditengok lagik. ako cumer amik peluang nak layan lagu yang best tu jer. Ruper nyer tu CD kompilasi lagu –lagu Disco cucuk-cucuk langit punya. Tak kesah la lagu aper pon asalkan layan. Tanpa membuang masa lagik ako pon membeli CD tersebut. Antara lagu-lagu yang ader dan yang ako minat ialah :

+ Le Freak [Chic]

+ Hot Stuff [Donna Summer]

+ Designer music [Lipps Inc]

+ Funkytown [Lipps Inc]

+ Play that funky music [Wild Cherry]

- Kenny G collection CD#1

Saper yang berpeluang kenal ako , memang akan tau yang ako minat sangat ngan lagu-lagu Saxophonist yang berambut macam maggie mee iaitu Kenny G. Bagi ako lagu dia best sangat dan bole buat ako “Mellow”. Ada satu ketika ako boleh dengar CD yang sama berulang kali tanpa rasa bosan. Irama yang kuar dari corong alatan yang dia tiup tu menyelinap terus ke jiwa ako . Pernah ako drive dari KL ke pantai timur yang perjalanan nyer memakan masa dalam 6-7jam sambil dengan lagu dia saja. Nasib baik CD atau CD player ako

Keseronokan mendengar musik instrumental nie ialah keupayaan pikiran dan imaginasi tak terbalas dengan lirik atau perkataan. Setiap nota, setiap turun naik hembusan nafas pemusik tu mengundang fikiran agar melayang merewang entah kemana. Kadang-kadang membawak sampai teringat kembali kenangan manis / pahit / payau / masin yang telah berlaku sepanjang kehidupan ako . Tapi kebiasaan nyer yang manis jer la. Antara lagu yang ako minat dalam CD nie ialah :

+ Beautiful : lagu nie penah dipoplar kan oleh Cristina Aguleira. Tapi dinyanyikan oleh ntah pompuan mana ako tak ingat. Tapi cara pembawakan nyer lagi slow relaks dan tak nyaring sangat macam versi original.

+ Even if my heart would break : Lirik dia best, lagu dia best dan suara orang yang nyayi lagu nie pon best. Bagi ako suara dia unik.

+ G-bop : Lagu jazz yang rancak sket.

+ Havana : Lagu maut nie. ako rasa macam nak nangis jer dengar. ako jadi sedih dengar lagu nie.

+ January : Glen nyanyi lagu nie diiringi leh tiupan Kenny G. Lirik nyer mendalam tu.

+ The moment : Memang kener ngan tajuk dia. Lagu nie buat ako terkenang kenangan manis yang pernah ako lalui sepanjang perjalanan hidup ako bersama mereka-mereka yang pernah ako kenali .

~

Tak banyak mender ako nak citer pasal hari raya yang lepas nie. Cuma ako amik cuti satu hari awal dan satu hari selepas raya. Sebab nyer ako nak balik awal ke kampung sebelom kesesakan lalu lintas dan satu hari untuk rehat secukup nyer sebelum mula bertugas kembali.

ako balik kampung bermula pada malam Khamis, dua hari sebelom raya. Kebiasaan nyer ako akan bertolak pada tepat jam 12malam. Tapi disebabkan ako tak leh nak tido dan mata ako tak ngantuk, jadi ako buat keputusan untuk bertolak lebih awal lagi. Dari KL dalam kol 10malam menuju ker Kuantan. Memang ako dah agak yang akan ada kesesakan di lebuhraya gombaj – Karak tapi tak la seteruk yang ako alami ari tu. Normally, masa yang di amik untuk ke terowong Karak tu cuma 30 – 45min jer tapi kali ini sampai dekat 2jam kat sana jer. Bayangkan la mamandu kereta kancil yang penuh ngan barang-barang nak mendaki bukit Karak tu. Ibarat mak bluehyppo terkial-kial nak manjat pokok.

ako dah seriau memandangkan suhu keter ako dah naik mendadak. Mana tak nyer, guna gear satu jer sepanjang jalan panjat bukit tu. Tak penah-penah ako guna hand break masa berenti kat bukit tapi kali nie terpaksa la untuk mengelakkan enjin ako tak meletup overheat. ako perasan kiri kanan ako banyak gak keter yang dah tersadai kat sisi jalan dengan boot keter terbukak. Nak sejuk kan enjin la tu kot. Nak jadi kan keadaan lebih teruk, banyak la plak bas-bas ekspres ngan lori besau yang ikot manjat bukit tu. Terbayang la kalu bas atau lori tu termati enjin atau ter-reverse ke belakang. Naya tu. Dari jauh ako dah nampak lampu break kenderaan sampai ker puncak Karak. Cantik plak, kater ako sajer nak sedapkan ati. Kat langit ako dah nampak ada bayang yang ujan akan turun tak lama lagi. Waduh macam mana ni. Nak u-turn dah tak leh.

Tertanya-tanyer aper la ke hal nyer yang leh jadi macam nie nyer teruk jam. Ader eksiden ker? Ader lori lemang terbalik ker? Ader orang kasi duit raya ker?. Akhir nyer terjawab setelah sampai jer kat muncung masuk ker terowong Karak tu. Tak jauh dari jalan masuk tu ako nampak satu keter wira itam tengah berenti elok-elok jer kat lorong laju dengan boot terbukak. La, overheat ke haper keter orang nie? Tak der ker tempat lain nak berenti sejukkan keter. Bayangkan la jalanraya 3 lane terpaksa beratur jadi satu lane disebabkan satu keter tu. Dah la tu, takde la plak orang malaysia yang prihatin nak nolong nolak keter tu kuar dari terowong dari tadi. Aper la.

Selepas dari tu semua nyer ok. Perjalanan smooth berselang seli ngan ujan yang turun sekejap-sekejap. ako

Berbanding ngan perjalanan datang, perjalanan balik tak kurang adventure nyer. Tapi lebih berat kepada keseronokkan daripada susah la. ako bertolak awal jugak dalam kol 8 lebih dari Nganu. Keseronokan bermula start masuk Hiway Kuantan – Karak. Kali nie tak der ujan lebat atau pon jam teruk, tapi kabus tebal plak datang menderu sepanjang perjalanan. Ada dua mender yang ako teringat sampai sekarang :

+ kabus nyer tebal sampai semua exit dari hiway tu berkabus. Sport light yang diorang pasang kat exit tu pon macam nampak tak nampak jer, ako terbayangkan citer-citer antu yang pernah ako nengok. Cuma beza nyer kabus nie original berbanding asap buatan kat dalam felem. Giler best lighting sportlight kaler kekuningan samar-samar berlawan ngan kabus. Ingat nak amik gambar long shot kawasan tu tapi takut kalu ader mahkluk asing dekat-dekat situ. Saper la tau kan?

+ ada satu ketika terasa sangat kabus tebal mengetuk-ngetuk dan bergesel ngan bahagian bumbung keter. Terutama nyer masa mendaki bukit yang curam. Agak nyer tu la jawapan bagi solan orang yang takut, kunun nyer ader antu ketuk-ketuk bumbung keter kot?

Akhir nyer ako sampai gak KL dalam kol 3pagi setelah meluncur laju berbelas-belas kilometer dari puncak Karak. Freegear tu beb. Jimat minyak weh. Dah la jalan lengang.

~

No comments: