Sikalang kol 04:31 pagi pada tarikh 31 August 2009.
::
nie hari yang keberapa xingat dok bersahur kat sini. bukan nyer sebab xder makanan nak umah cuma biler lagi ako nak mentenet secara percuma kat mamak nie. lain la kalu ako keh dok bertapa kat sini time siang hari. kang free jer kener tangkap sebab kena tuduh xposa.
xder mender ako nak citer pasal merdeka nie. sebab ako bukan nyer jenis orang yang patriotik sangat. tapi ako rasa pon semua orang gitu gak, hari merdeka nie diingati sebab dapat cuti public holiday dan xpayah nak bangun pagi gi kerjer macam biasa kalau jatuh pada hari berkerjer. citer pasal kerjer nie, ako terpaksa bertugas ari nie, wlau pon public holiday. bukan pilihan ati tetapi dah ti tugaskan. aper lah buat, cari makan maa.
::
dan citer pasal posa nie, ako masih ok lagik. walau pon ader terniat nak ponteng. biasa la smoker, bukan nyer sajer nak ponteng sebab lapar. cuma sebab xtahan keinginan nak berasap. hua hua hua.
tapi kalau dikire2 kan, banyak gak kurang ako smoke dari start posa. kalau time buka pon nak isap rokok tu rasa lain macam jer lidah. yer la, dah beberapa jam xdapat nikotin badan pon dah rejek asap tu. tapi xper, sebagai perokok yang cemerlang ako takkan mengalah dan teruskan perjuangan mengkaya kan negara dan pengilang tembakau tu. saper yang kater perokok tu tak menjana pendapatan negara? saper yang cakap tu bole buat congak2 balik berapa banyak kiter orang dah membantu negara ngan pendapatan membeli rokok tiap2 minggu.
::
jarang sangat ako nak berkira dah baper ari ako berposa. ako xnak nak pikir pasal tu sebab rasa macam budak2 xsabar nak tunggu raya jer. yang penting kiter berposa terus. ya.. betoll!
::
sekarang ako agak sibuk gak. selain dari pada sibuk ngan kerjer kat upis, ako tengak meng'leech' Ebook citer2 yang ako sonok baca dari dulu sampai sekarang nie. contoh nyer novel silat dan komik grafik 'Tintin' serta 'Asterix'. nanti la kalu dah abis edit, ako upload sini untuk korang baca. yer la, aper guna ako penat2 download, edit mender2 kalau xmoh nak share ngan korang kan? lagi pon mender tu bukan nyer senang nak dapat dan xbanyak site-site yang publish mender tu ngan percuma. dan projek ako untuk jangka panjang ialah untuk upload dan publish 'Kisah Seribu Satu Malam' atau dalam versi english nyer ialah 'Arabian Night'. giler panjang citer tu, cuber la bayang kan baper banyak masa nak amik untuk meng'edit' nyer elok2. tunggu jer la, kalu ader panjang umur ako kasi kat korang.
PS:ako ader buat survey, bukan semua orang tau atau penah dengar pasal 'Kisah Seribu Satu Malam' nie. Buat ako terasa yang ako sorang jer yang penah baca buku nie. tapi kalu cakap pasal 'Kisah Aladdin ngan lampu ajaib' or 'Ali Baba ngan 40 penyamun' or 'Kisah pelayaran Sindbad', orang lain tau plak. padahal semua citer tu berasal dari satu buku yang sama. nak tau dengan lebih lanjut? sila tunggu... buat suspense sket naa!