Sunday, November 11, 2007

Tenet.. Tenet..

Internet kat umah ako dah jalan. Seronok nyer la. Tak la beberapa laju sangat tetapi dah ada mender tu kire bersyukur la. Buat masa nie ako tak der aktibiti lain, selain daripada mengupdate software dan utilities dalam pc tu. Risau tu kalu tak update senang kener attack ngan virus ntah aper-aper nanti. Buat masa nie ako pakai AVG AVG jer untuk anti-virus. Elok tak elok tu ako tak tau la. Tengok biasa jer. Sesekali jer dia popup kater ader potential virus infection. Kire berfungsi la tu kot?

ako dah siap-siap install LimeWire untuk download share file. 1st skali ako nak download lagu-lagu yang lama ako carik. Lepas tu baru carik movie. Maksud nyer kener la on kan pc tu sepanjang malam memandangkan bukan kecik-kecik budak file size tu. Kalu setakat 3-4MB tu leh tahan la lagi, tapi kalu membawak ke setengah GB tu makan jam la nak nunggu.

Dewali 2007 - Part 2 [cont..]

Ada jemputan datang gathering GEJU kat putrajaya ari nie, tapi nak buat camner ako kener kejer laks. Kalau tak kerjer pon tatau sama nak gi ker tak. Siap ader portluck lagik. Teruja ako. Tapi tak der rezeki kan. Daripada list tu nampak macam ramai yang datang. Bebudak pon datang gak. Tapi concern ako tang cuaca tu. ako dok area putrajaya dan ako tau yang cuaca kat area sini tak beberapa cerah biler time petang. Dah seminggu macam tu. Petang jer ujan. Tiap petang jer ujan. Yer la kot sebab orang kater ujung taun selalu nyer musim ujan. Harap-harap diorang tak la basah kuyup ari nie. ako kesian kat bebudak tu jer. Demam plak nanti saper susah? Mak pak diorang gak yang susah.

Aper-aper pon semoga semua gembira dan bergembiri(?) kat putrajaya nu. Seronok tu seronok gak, keselamatan perlu gak amik berat terutama nyer dengan bebudak reramai tu.

Dewali 2007

Selamat deepavali kat sumer. Semoga deepavali taun nie membawa seribu keberkatan kat saper-saper yang berkenaan. Malang nyer ako kener kerjer ari nie. Tak per la. Harap-harap tak banyak sangat tiket masuk. Buat masa ni nampak nyer keadaan masih terkawal lagi. Aper citer?


Giler penat ari ahad lepas. ako buat open house kat umah dan ada makan-makan sket. Ramai kengkawan yang ako jemput dan nasib baik la tak kesemua nyer datang. Punya la ramai orang yang datang ari tu sampai tak cukup tangan. Bukan tu jer, siap ngan barang-barang makan pon ader yang tak cukup. Kener 2-3 kali ulang alik ke kedai beli barang untuk tambah aper yang kurang.

Menu tak banyak sebab budget tak ramai yang tak datang. Antara nyer :-
+ laksam
+ nasik dagang
+ gulai ikan tongkol
+ gulai ayam
+ acar timun
+ karipap
+ lepat pisang
+ buah-buahan yang berkenaan
+ moist cokelat kek [sponsor leh kakak. Jauh datang nyer dari klang nu.]
+ puding [sponsor leh ateh tersayang. Masey ateh!]

Bole kater semua nyer barang makan [tak termasuk yang di sponsor tu.] masak sendiri. Perit woo. Sampai 5 pagi ahad tu baru berenti. Dah la malam sebelum tu tido lewat lagi sebab membeli belah barang basah kat pasar borong kg. Baru. Sayur la, santan la, cili boh la, pinggan plastik ngan cawan plastik la, habis ako borong. Tapi kalau dipikirkan ader kelebihan nyer. Sebab sebelum nie tak tau pon yang kat ceruk pasar borong tu ada jual mender-mender tu jugak. So lain kali senang la nak carik kalu ader aper-aper aktibiti yang seumpama nyer.

Amin ngan shida datang malam sabtu. Aper la diorang. ako sms ajak datang awal ari ahad tu, tapi diorang datang malam sabtu tu la plak. Tapi ako berterima kasih la gak sebab susah payah diorang datang tolong. Walaubagaimana pon kesian sebab mungkin diorang tak selesa sebab tido dalam umah yang berselerak yang tak sempat nak kemas lagi. Saper suruh korang datang awal?!

Poji tak dapat datang sebab dia tak der transport. Patut dia saing ngan shafik datang umah ako petang. Tapi shafik ader hal plak. Cian poji. Kalu cakap awal-awal leh ako ajak dia datang bermalam kat umah ako ari sabtu.

Mahsuri ngan eda tak dengar citer pon. Tak leh salah kan diorang gak. Petang tu ujan turun bole tahan lebak gak. Nasib baik la time tu tinggal famili-famili jer yang ader kat umah. Kengkawan dah opis mate awal-awal dah balik dulu. Kalu tak mesti serabut nak datang atau balik dalam keadaan ujan lebat tu.

Dalam kol 3ptg acu call dia kater dia dah sampai kat alamanda. Dia tak tau jalan nak datang umah [tu la beli umah kat ceruk desa, orang nak datang pon susah. heh]. Dengan bertompangkan keter unser [2nd time ako bawak keter sebesar tu. Lagi besar dari kembara. Rasa berat macam bawak lori plak. heh], sepupu ako drop ako kat alamanda. Tengok acu ngan rombongan dah sampai situ dah. Dah lebih 20minit sampai diaorang cakap. Kire ok la tu tau alamanda katner, setengah-setengah orang alamanda pon tak tau kat mana. So bawak la diorang balik umah sambil tunjuk aper mender-mender yang menarik sepanjang perjalanan balik umah tu.

Acu : “la. Tak la jauh pon. Acu ingatkan lagi jauh.”
ako : “la, kan dah cakap sploh minit dari alamanda jer. Jauh mender tu?. Nie dah tau jalan, nanti-nanti tak der la alasan tak tau jalan lagik, ek?”

Mereka-mereka yang datang :-
Rombongan kg. Baru :
+ acu
+ nenek
+ ateh
+ sakinah [anak ateh, sepupu ako la tu]
+ asmah [pembantu nenek]
+ antie yati [kawan acu]
*masey sumer sebab datang umah!

Rombongan klang :
+ kakak ita dan famili
*awal-awal dah sampai antar moist cake. Trimas! Kesian budak-budak ngantuk sebab travel jauh. Abang pon nampak letih. Makan lebih kot?

Rombongan keramat :
+ abah
+ mama
+ faizal
*sampai petang sket sebab mama ada open house sejak pagi lagi. Tak kesah la asalkan selamat sampai.

Rombongan salak tinggi :
+ acik ayoi
+ pakcik usop
+ budak++ [sepupu ako la tu!]
*masey sebab tolong handle keadaan kelam kabut masa ramai orang datang serbu. Kalau tak der tolong tak tau ler camner.

Rombongan putrajaya :
+ mak ngah
+ pak ngah
+ Eri
+ redza
+ busu [datang tumpang kete mak ngah]
*masey sebab sponsor tempat letak makanan. Umah ako kecik tak der tempat nak simpan mender-mender gitu. Lagi pon bukan selalu pakai pon.

Rombongan taman melati :
+ ina dan kakak
*masey sudi datang. Cantik baju ngan rambut baru. Makan la lebih sket! Kalu angin tiup bukan rambut jer tebang, ngan ko skali terbang.

Rombongan selayang :
+ kak siah and family
*masey sebab baiki kuah laksam kat dapo. Ada ka patut sampai-sampai terus masuk dapo? Makan-makan la dulu kalu yer pon. Efa datang macam nak pegi umah orang kawin plak. Siap ngan cermin mata sebesar piring lagi.

Ramai sangat lagi yang datang sampai tak ingat. Last skalik datang azmi ngan famili dalam ujan lebat tu. Kesian basah kuyup. Tapi tak per nescafe panas dan tuala kering disediakan.