Sunday, November 25, 2007

12:30 am - ITSC First Hand Day @ ISCM

Aritu ako dapat email dari bos. Tak sangka plak nama naik kener pegi ISCM untuk attend ntah-aper-ntah. Dapat mail pon sehari sebelom tarikh kener pegi. Nak buat research pon tak leh. Nak tepon sesiapa yang berkenaan, semua nyer dah selamat balik umah dah. Tu la awal sangat antar email. Naper tak antar esok-esok jer. Anyway, bawah nie email yang berkenaan.

~

Subject: FW: ITSC First Hand Day @ ISCM

Dear Participants,

Below is the agenda for the first hand day session with core banking team in ISCM tomorrow 15 Nov 07. Please proceed to CP, level 2 for registration at receptionist area by 9.00am. Suzool will lead you to Menara Axis once registration is done.

9.30am – 9.45 am: Briefing on core banking and all of the component teams in ISCM/ISCI and their roles.

9.45am – 11 am: Briefing by each team on the detailed work processes / roles – By the respective team leads

· CIPM

· BS

o Processes in the team for handling requests

§ Projects (country implementation)

§ DSSRs

o Deliverables

· SOM

· UTG

· Training

11am – 11.30 am: Discussion / presentation from the ITSC first hand day participants on their impression of the core banking program – by the participants from ITSC

11.30am – 4.30pm: (Lunch break will be in between)

Attachment to the various teams (since there are 5 people)

· SOM – 1 (Rosemarie)

· Training – 1 (Michelle)

· BS – 2 (one to shadow dotOpal and payments and one to shadow eBBS team) –

· Testing – 1 (KK to take on)

4.30pm: Debrief

· Q&A

· Issues

· How to improve future first hand days

Thanks and Regards

Ilan

~

Review:-

Pagi tu ako kuar dalam keadaan awal gak memandangkan ISCM tu kat pj jadi ako memang agak keadaan akan jam pagi tu. tapi terkandas gak ako kat puchong, bukan ako sorang jer. Giler ramai keter-keter lain yang terkandas. Dalam keter tu ako terpikir, diaorang nie memang masuk kerjer lambat ker tiap-tiap ari? Dah dekat kol 9.30pg pon masih blom masuk upis lagik. Mungkin ako leh la dimaafkan sebab 1st time ako kuar pagi-pagi ikot jalan nie. Diaorang nie tiap-tiap pagi pon tak dapat agak biler time jam nyer. Sue pon dah 2-3 kali tepon tanyer kat mana lokasi, ruper nyer dia pon terkandas beberapa KM jer kat depan ako. Lantak ler, lagi pon ako datang nak dengat orang cakap-cakap jer. Lagi pon diaorang mesti tau macam mana keadaan jalan time pagi kat sana.

Akhir nyer ako sampai ke destinasi setelah lepas dari jem dan berpusing-pusing carik parking. Biler ako sampai sana ako tepon Sue suruh jemput ako kat depan. Dia datang jer, dia buat ekspresi terkejut nengok ako.

ako : afsal?
Sue : ler. Naper ko pakai macam nie?
ako : aik? Naper tak leh pakai macam nie plak? Kat upis pon biasa jer ako pakai macam nie per? Nie pon dah kire ok dari ako pakai t-shirt jer. Hehe
Sue : diorang kat sini pakai formal daa.
ako : woo...

Masa tu ako pakai kemeja jeans, suar jeans, boot ngan snow cap. Susah woo nak nengok ako pakai kemeja kat upis. Slalu ako pakai t-shirt jer. Skali memang betol aper Sue cakap. ako tengok kiri kanan sema orang pakai kemeja ngan slack siap tight in lagik. Perh! ako dah silap masuk kandang nie. hehehe. Lantak la korang. Bukan korang bayar gaji ako pon. Bos ako pon tak penah bising camner ako pakai gi kejer.

Diaorang pon baru kasi penerangan mender kejer diorang buat kat ISCM. Ruper nyer diaorang nak setup satu support centre kat MY. Selama nie cumer ader satu jer center, itu pon kat IN sana. Dan ako tau macam mana susah nyer nak dapat cakap ngan support tu. salah satu sebab nyer ialah perbezaan waktu. Time sini dah nak petang, baru time pagi kat sana. Pikir la kalu ako perlukan jawapan segera dari dioarang, terpaksa ako menalipon enpon. Tu pon nasib baik kalu diaorang angkat. Pendek kater cadangan diaorang nie baik sesangat la. Untuk ako dan orang lain.

Makan tengahari kat restoeang hotel Armada. Masa tu tak der promosi aper-aper pon, jadi makan nyer masakan malaysia jer. Tapi ako suka makan daging kicap yang dah dimarinate ngan sos limau. Giler sedap. ako meratah mender tu jer. Mender lain dah biasa ako makan, kat kedai mana-mana pon ader.

12:42 am

Bz.. Bz.. Bz..

Bahan nak tulis dalam blog punya la banyak, tapi tak cukup masa nak update. tak sangka plak dah nak dekat-dekat ujung taun nie banyak plak masalah diorang report. elek la! kan lagi elok kalu pikir macam mana nak abiskan cuti taun daripada susah-susah tepon nak report masalah. ades.

but, work is work. nak tak nak kener la buat gak kan. sekurang-kurang nyer ako tak la ngantuk sangat kat upis nanti sebab ader mender nak buat. ader masalah nak settelkan.

-----

pejam celik dah nak masuk bolan 12 dah. sket lagi dah masuk taun baru. cepat nyer! banyak mender yang diplan tak sempat nak disiapkan dalam jangka masa tu. biasa la, kiter leh plan jer. yang tentukan samada jadik ker tak tu bukan kiter yang kontrol.

for next year, ako plan nak settlekan utang yang bebanyak ni. bermula dengan Cr card. makan belas ribu gak. and makan taun tu nak settle. kener la start sekarang sebab kalu tak bermula sekarang, biler la lagi kan?

kemudian kalu ader kesempatan ako nak settlekan utang umah Desa. nie plan jangka masa panjang gak la. estimate makan 4-5 taun gak.

semalam ada roadshow bank kat upis. dalam keadaan termanggu-manggu pikir macam mana nak bayar utang, datang plak kesempatan macam tu. macam petanda baik jer. tq god!. bank datang buat roadshow untuk personal loan untuk staff. ok per. just isi borang and sign. yang lain diorang diskus ngan HR dept. tunggu 2 menggu kater diorang untuk tau dapat ker tak. huhuh. tak kesah la tunggu 2 bulan ker, asalkan approved. amin!.

~~
Current Mood: energetic

Sunday, November 11, 2007

Tenet.. Tenet..

Internet kat umah ako dah jalan. Seronok nyer la. Tak la beberapa laju sangat tetapi dah ada mender tu kire bersyukur la. Buat masa nie ako tak der aktibiti lain, selain daripada mengupdate software dan utilities dalam pc tu. Risau tu kalu tak update senang kener attack ngan virus ntah aper-aper nanti. Buat masa nie ako pakai AVG AVG jer untuk anti-virus. Elok tak elok tu ako tak tau la. Tengok biasa jer. Sesekali jer dia popup kater ader potential virus infection. Kire berfungsi la tu kot?

ako dah siap-siap install LimeWire untuk download share file. 1st skali ako nak download lagu-lagu yang lama ako carik. Lepas tu baru carik movie. Maksud nyer kener la on kan pc tu sepanjang malam memandangkan bukan kecik-kecik budak file size tu. Kalu setakat 3-4MB tu leh tahan la lagi, tapi kalu membawak ke setengah GB tu makan jam la nak nunggu.

Dewali 2007 - Part 2 [cont..]

Ada jemputan datang gathering GEJU kat putrajaya ari nie, tapi nak buat camner ako kener kejer laks. Kalau tak kerjer pon tatau sama nak gi ker tak. Siap ader portluck lagik. Teruja ako. Tapi tak der rezeki kan. Daripada list tu nampak macam ramai yang datang. Bebudak pon datang gak. Tapi concern ako tang cuaca tu. ako dok area putrajaya dan ako tau yang cuaca kat area sini tak beberapa cerah biler time petang. Dah seminggu macam tu. Petang jer ujan. Tiap petang jer ujan. Yer la kot sebab orang kater ujung taun selalu nyer musim ujan. Harap-harap diorang tak la basah kuyup ari nie. ako kesian kat bebudak tu jer. Demam plak nanti saper susah? Mak pak diorang gak yang susah.

Aper-aper pon semoga semua gembira dan bergembiri(?) kat putrajaya nu. Seronok tu seronok gak, keselamatan perlu gak amik berat terutama nyer dengan bebudak reramai tu.

Dewali 2007

Selamat deepavali kat sumer. Semoga deepavali taun nie membawa seribu keberkatan kat saper-saper yang berkenaan. Malang nyer ako kener kerjer ari nie. Tak per la. Harap-harap tak banyak sangat tiket masuk. Buat masa ni nampak nyer keadaan masih terkawal lagi. Aper citer?


Giler penat ari ahad lepas. ako buat open house kat umah dan ada makan-makan sket. Ramai kengkawan yang ako jemput dan nasib baik la tak kesemua nyer datang. Punya la ramai orang yang datang ari tu sampai tak cukup tangan. Bukan tu jer, siap ngan barang-barang makan pon ader yang tak cukup. Kener 2-3 kali ulang alik ke kedai beli barang untuk tambah aper yang kurang.

Menu tak banyak sebab budget tak ramai yang tak datang. Antara nyer :-
+ laksam
+ nasik dagang
+ gulai ikan tongkol
+ gulai ayam
+ acar timun
+ karipap
+ lepat pisang
+ buah-buahan yang berkenaan
+ moist cokelat kek [sponsor leh kakak. Jauh datang nyer dari klang nu.]
+ puding [sponsor leh ateh tersayang. Masey ateh!]

Bole kater semua nyer barang makan [tak termasuk yang di sponsor tu.] masak sendiri. Perit woo. Sampai 5 pagi ahad tu baru berenti. Dah la malam sebelum tu tido lewat lagi sebab membeli belah barang basah kat pasar borong kg. Baru. Sayur la, santan la, cili boh la, pinggan plastik ngan cawan plastik la, habis ako borong. Tapi kalau dipikirkan ader kelebihan nyer. Sebab sebelum nie tak tau pon yang kat ceruk pasar borong tu ada jual mender-mender tu jugak. So lain kali senang la nak carik kalu ader aper-aper aktibiti yang seumpama nyer.

Amin ngan shida datang malam sabtu. Aper la diorang. ako sms ajak datang awal ari ahad tu, tapi diorang datang malam sabtu tu la plak. Tapi ako berterima kasih la gak sebab susah payah diorang datang tolong. Walaubagaimana pon kesian sebab mungkin diorang tak selesa sebab tido dalam umah yang berselerak yang tak sempat nak kemas lagi. Saper suruh korang datang awal?!

Poji tak dapat datang sebab dia tak der transport. Patut dia saing ngan shafik datang umah ako petang. Tapi shafik ader hal plak. Cian poji. Kalu cakap awal-awal leh ako ajak dia datang bermalam kat umah ako ari sabtu.

Mahsuri ngan eda tak dengar citer pon. Tak leh salah kan diorang gak. Petang tu ujan turun bole tahan lebak gak. Nasib baik la time tu tinggal famili-famili jer yang ader kat umah. Kengkawan dah opis mate awal-awal dah balik dulu. Kalu tak mesti serabut nak datang atau balik dalam keadaan ujan lebat tu.

Dalam kol 3ptg acu call dia kater dia dah sampai kat alamanda. Dia tak tau jalan nak datang umah [tu la beli umah kat ceruk desa, orang nak datang pon susah. heh]. Dengan bertompangkan keter unser [2nd time ako bawak keter sebesar tu. Lagi besar dari kembara. Rasa berat macam bawak lori plak. heh], sepupu ako drop ako kat alamanda. Tengok acu ngan rombongan dah sampai situ dah. Dah lebih 20minit sampai diaorang cakap. Kire ok la tu tau alamanda katner, setengah-setengah orang alamanda pon tak tau kat mana. So bawak la diorang balik umah sambil tunjuk aper mender-mender yang menarik sepanjang perjalanan balik umah tu.

Acu : “la. Tak la jauh pon. Acu ingatkan lagi jauh.”
ako : “la, kan dah cakap sploh minit dari alamanda jer. Jauh mender tu?. Nie dah tau jalan, nanti-nanti tak der la alasan tak tau jalan lagik, ek?”

Mereka-mereka yang datang :-
Rombongan kg. Baru :
+ acu
+ nenek
+ ateh
+ sakinah [anak ateh, sepupu ako la tu]
+ asmah [pembantu nenek]
+ antie yati [kawan acu]
*masey sumer sebab datang umah!

Rombongan klang :
+ kakak ita dan famili
*awal-awal dah sampai antar moist cake. Trimas! Kesian budak-budak ngantuk sebab travel jauh. Abang pon nampak letih. Makan lebih kot?

Rombongan keramat :
+ abah
+ mama
+ faizal
*sampai petang sket sebab mama ada open house sejak pagi lagi. Tak kesah la asalkan selamat sampai.

Rombongan salak tinggi :
+ acik ayoi
+ pakcik usop
+ budak++ [sepupu ako la tu!]
*masey sebab tolong handle keadaan kelam kabut masa ramai orang datang serbu. Kalau tak der tolong tak tau ler camner.

Rombongan putrajaya :
+ mak ngah
+ pak ngah
+ Eri
+ redza
+ busu [datang tumpang kete mak ngah]
*masey sebab sponsor tempat letak makanan. Umah ako kecik tak der tempat nak simpan mender-mender gitu. Lagi pon bukan selalu pakai pon.

Rombongan taman melati :
+ ina dan kakak
*masey sudi datang. Cantik baju ngan rambut baru. Makan la lebih sket! Kalu angin tiup bukan rambut jer tebang, ngan ko skali terbang.

Rombongan selayang :
+ kak siah and family
*masey sebab baiki kuah laksam kat dapo. Ada ka patut sampai-sampai terus masuk dapo? Makan-makan la dulu kalu yer pon. Efa datang macam nak pegi umah orang kawin plak. Siap ngan cermin mata sebesar piring lagi.

Ramai sangat lagi yang datang sampai tak ingat. Last skalik datang azmi ngan famili dalam ujan lebat tu. Kesian basah kuyup. Tapi tak per nescafe panas dan tuala kering disediakan.

Saturday, October 27, 2007

Sok Sek, Sok Sek [Wake up! and smell the coffee]

Hari nie kerje. Dan ako terlambat masuk ari nie. Mula-mula sebab tersalah set alarm. Ada ker kener kejer kol 11.30am tapi set alarm kol 11.30am gak. Ternasib baik ako terbangun awal setengah jam. Sempat la mandi manda aper yang patut dan rushing drive gi kerjer. Walau bagaimana pon masih jugak terlambat sampai ke upis. Sebab lain, ako penat sangat kot smalam. Balik kerjer kol 8mlm terus gi Alamanda untuk membeli belah barang dapor. Penuh gak la kancil tu ngan barang-barang untuk sebulan. Timing salah sebab shopping time orang gomen dah gaji. Tak sanggup nak nengok queue nak bayar barang. Kaunter yang bukak pon limited. Dah tau la ujung bulan orang nak gi shopping tak reti-reti nak bukak kaunter lebih. Aper la.

Citer pasal membeli belah kat Alamanda nie, ako teringat satu citer benar yang jadik kat ako bulan lepas rasa nyer. Tapi yang pasti masa tu bulan posa. ako gi membeli bubur labok kat sana sebab terasa nak makan. Sebab nak cepat ako gi la kat express kaunter ‘makanan’ yang di sediakan. Bulan posakan, takkan la nak beratur dan berdiri lama-lama. ako nengok ader sorang budak pompuan depan ako . Dia beli jeruk asam rasa nyer [aper hal la plak budak nie nak berbuka posa makan jeruk asam! Atau pon dia tak posa la kot.]. Dia berdiri didepan kaunter yang kosong. ako nampak sorang kakak [macam indon jer] tengah dok kat kaunter tu sambil cakap ngan henpon buat tak tau jer orang tengah beratur depan kaunter. Jeling pon dak. Siap terlentok-lentok lagi macam ular kener palu. ako dah start hangin. ako jerkah dia depan kaunter tu, “KAK!”.

Dia yang terkezut nengok ako ngan mata macam nak makan orang. ako jegilkan biji mata ko balik nengok direct kat dia. ako rasa muka ako dah panas sebab darah dah naik sampai ke muka. ako tunggu jer dia buat slack sebab ako dah plan kalu dia buat macam tu ako nak terbalikkan jer meja kaunter tu [giler!]. Kuat gak ako jerkah tu ako rasa sebab ramai orang nengok kat ako . Tak lama lepas tu ader sowang chief cashier pompuan datang tanyer aper hal nyer. ako cakap ngan dia orang lain ngan ako dah lama tunggu kat kaunter nie tapi tak der saper nak layan. Dia cakap bebaik yang cashier tu gi tukar duit kecik jap. Sebab dia cakap bebaik dan explain keadaan yang sebenar nyer, ako pon cool down. Kakak yang ako jerkah tu nengok kat ako tapi ako buat muka bodo jer. Gi mampus la ko. Malas nak layan orang macam ko tu.

Mana la tak hangin nyer, nak tau sebab aper? :-

+ Borak kat henpon tu time kejer. Tak bole accept betol ako . Kat upis pon ako jarang-jarang sangat buat mender macam tu. Segan ako nak buat macam tu sebab rasa macam tak amanah plak. ako dibayar gaji untuk buat kejer dan borak-borak kat henpon [yang tak related ngan kejer ako ] tak termasuk dalam job scope ako pon.

+ Tak paham aper kerjer dia sebenar nyer. ako kerjer ngan Service Support. Walaupon ako tak kerjer ngan kedai barangan harian, tapi ako juga bagi service kat orang lain yang memerlukan. Tapi biler ako nengok macam nie la cara diorang bagi service kat pelanggan naik malu ako .

+ Tak ader initiative nak terangkan keadaan sebenar nyer. Kalu yer pon ader masalah sekecik mana pon langsung tak der kesedaran nak bagi tau kat pelanggan perkara sebenar nyer. Kalu kakak mengong tu explain kat ako awal-awal, tak payah ako nunggu kat situ lama-lama macam tunggul. Baik ako pegi carik kaunter lain jer. Kan free jer kener jerkah ngan ako time bulan posa.

Entah la. Orang kater time-time bulan posa nie perangai seseorang tu memang terserlah. Untuk taun nie ako rasa ako cepat hangin kalu ader mender yang tak berkenan kat mata ako . Agak nyer ako nie baran kot? Tapi tak gak sebab orang kater orang baran nie mata dia sentiasa berair. Mata ako plak berair selepas ako menguap sebab ngantuk jer[?]. special kes agak nyer.

Banyak mender jadi taun nie. Yang terbaru ako baru jer masukkan talian tepon kat umah. Dah lama nak masukkan tepon nie tapi disebabkan kawasan umah ako tu kawasan baru bukak, jadi telekom blom pacak tiang tepon lagik. Sekarang nie diorang dah pacak tiang, so bole la masukkan tepon.

Pikir-pikir bukan nyer satu kemestian pasang tepon nie, Cuma disebabkan nak masukkan internet jer. Yang lain-lain tu tempias-tempias jer. Sekarang nak kener pikir budget baru untuk bayar tepon ngan internet plak. Duit-duit!. Samada kener potong budget mender-mender lain atau pon kener buat kerjer lebih masa la. Tapi kalu ader internet rasa nyer tak yah la nak gi membeli belah DVD lagik kat pasar malam. Download jer. Pilihan pon banyak. Rasa nyer bole cover budget dari sana tu

Sekarang pon ako jarang tido awal sebab dok depan pc jer. Seriau gak sebab tu ari sampai terbakar power supply pc ako, overheat. Main pc game nyer pasal la. Layan game tau-tau dah kol 3-4pg. Nie kalu ader intenet tak tau ler macam mana plak. Pc sure kener on jer sebab nak download mender. Hmm. Nak connect internet nie kener la ader protection sket pc. Firewall kener install, virus scan kener ader dan kener sentiasa update versi dia. Dalam sonok-sonok tu mesti beringat gak. Kiter bukan tau aper mender nak jadi. Yang terbaik leh buat ialah beringat dan berhati-hati jer.

Citer pasal pc game nie, ari tu ako surf kat library office. Terjumper lak satu site untuk download bonus game untuk satu game yang ako install kat pc. Cantek! Tak sangka plak ader bonus game. ako ingat kerjer jer ader dapat bonus [Amin! Harap-harap ader rezeki]. Patch nie untuk game Emperor: Rise of the Middle Kingdom. Game lama tapi ako suka main sebab strategi game. Game untuk buat ako berpikir dan practise macam mana nak manage mender.

Antara stategi pc game yang ako penah main dan ako minat giler :-


+ Emperor: Rise of the Middle Kingdom
Best berlagak jadi maharaja china nak develop negara. Banyak senario kener main dan makin lama makin susah.
+ Pharaoh
Kebanyakkan game develop oleh Sierra nie lebih kurang sama jer. Cuma tema jer lain. Main dia lebih kureng macam Emperor kat atas tu. Cume game nie kener jadi Firaun la plak.
+ The Settlers
Giler lama game nie. ako start main masa tu pc pakai windows 16 bit jer. Tapi macam mana pon ako suka game nie sebab graphic dia. Setiap character tu nampak detail.
+ The Settlers II: Veni, Vidi, Vici [add on : The Settlers II Mission CD]
Graphic semakin mengancam. Tak cukup sonok, dia kasi tambah ngan expansion set lagik.
+ The Settlers III [add on: The Settlers III Mission CD dan Quest Of The Amazons]
Semakin banyak CD pakai untuk main. Penat woo kener tukar2 cd. Naik rosak cd ako kerjerkan.
+ The Settlers IV [add on: The Settlers IV Mission CD]
Last dari siri Settlers ako main. Masa nie dah tak banyak masa untuk main game kat upis dah. Kerjer makin banyak dan tanggungjawab makin besar.
+ StarCraft
Bukan ako jer giler main ni. Satu department ako pon tersampuk ngan game nie. Dengan assistance manager skali. Siap setkan date ngan time biler nak main multiplayer setiap hari. Start main lepas time kerjer sampai la ke lewat malam. Nasib baik tak der tilam ngan bantal kat upis, kalu ader semua pakat berumahtangga kat upis jer.
+ StarCraft Expansion Pack: Brood War
Time nie ako dah beli pc. So ako dah jarang lepak upis main multiplayer. Layan game kat umah jer.
+ Diablo
Game seriau. Dari graphic sampai ker audio memang menakutkan. Music dia macam lagu citer seram kat tv. Main pakai headphone plak tu. Bole siap toleh-toleh belakang sebab rasa macam ader mender melintas.
+ Diablo 2 [add on : Expansion: Lord of Destruction]
Graphic cantik. Banyak pakai CD nak main. Harddisk space pon kener banyak naik main game nie. Tapi tak mengecewakan. Selalu ako surf intenet carik latest patch atau cheat code.

Kalau nak ikotkan banyak lagi game ako main tapi tak la selazim yang ako main game kat atas nu. Seperti yang dikatahui antara mender yang ako enjoy dalam dunia nie salah satu nyer main game.

Panjang lak ako buat karangan ari nie. Bukan slalu tak banyak ker macam ari nie. Walapon tak banyak problem teket tapi banyak gak yang hampir-hampir jadi hi-sev arinie. Network issue la, batchjob tak jalan la dan lain-lain lagi. Dah dekat kol 6ptg nie, sket jer lagik nak balik time. Harap-harap leh maintain keadaan macam nie sampai time balik nanti.

Aper ek nak buat ari nie? ako blom makan lunch lagik. Tak la beberapa lapau tapi harus gi makan gak nanti. Citer pasal makan nie, ako rasa ako dah hampir-hampir jadi vegetarian la kot. Mana tak nyer, bole kater dalam seminggu banyak hari gak la ako asik makan sup sayur ngan fishcake jer. Tak makan nasik pon. Semata-mata sup sayur jer. Rasa kenyang dan sedap plak makanan jenis macam tu. Lagi pon kan makan sayur tu baik untuk kesihatan. Bukan ako cakap la, tapi doktor yang cakap. Mana-mana doktor akan cakap macam tu gak.

Ari tu kat upis ader pertandingan buat tanglung. Ada la komiti yang rajin nak organize. Terpanggil plak ako nak masuk. Tak pernah-penah ako masuk pertandingan gini. Tapi kater orang tak terlambat untuk bermula kan?

Susah gak nak sebenar nyer nak buat mender nie. Kener pikir camner design nak buat. Bahan aper nak kener gunakan, warna aper yang seswai dll. Aper-aper pon kener perah otak nak buat sesuatu yang unik. ako amik masa 2 minggu untuk siapkan mender alah tu. Dan hasil nyer amat membanggakan ako . Walaupon diakhir pertadingan tu ako dapat tempat ke-3, ako rasa bangga weh. Akhir nyer ako dah letakkan nama ako dalam rekod upis sebab masuk bertanding. Jap ako letak gambar nyer kat bawah nie.





Ni semua antara gambar tanglung yang masuk pertandingan. ako nyer yang empat segi kaler hijau biru dan ader daun celup kat keliling tanglung tu. Kalau tengok dekat-dekat nanti nampak ader beberapa ekor ikan tengah berenang kat dalam tanglung tu. Yang best, ako sorang jer melayu yang amik bahagian. Yang lain sumer ciner. Ok la tu. Kalah pon dapat tempat ke 3 per. Bangga jadi orang melayu yang menang buat tanglung. Hadiah nyer dapat la voucher Parkson bernilai 20 hengget. Parkson pon ako tak penah jejek, bis camno.

Ui! Dah nak kol 7 steng. Nak siap-siap nak balik nie.....

Pai! Pai!

PS:Tak sangka dapat dengar sora Od@ tadi...

Sunday, October 21, 2007

Cerita - Ceriti

Cerita - Ceriti

Sebelom raya ari tu ako pegi membeli belah. Bukan membeli belah barangan untuk beraya. Barang-barang tu sumer dah lama siap, tunggu nak pakai jer. ako pegi ke USJ 14/15 sebab ader kawan kepada kawan ako kater yang kat sana ader satu kedai yang menjual DVD dan VCD. Setelah menyiapkan duit selebih-lebih nyer, ako

Dalam kol 11 malam ako sampai sana. Punyer la sonok giler dok sana. Rasa nye kalu kaya dah lama ako borong semua DVD dalam kedai tu. Banyak pilihan plak tu. Setelah puas pusing-pusing kedai tu dekat 2jam ako pon buat pilihan membeli mender kat bawah ni.

DVD
Last of the Mohicans

ako cukup minat citer nie dari dulu lagik. Tak ingat ako baper kali ako layan citer nie dan tak ingat ako beper kali orang kebas DVD citer nie dari koleksi ako . 1st time ako nengok Madeline Stowe berlakon. Giler cun minah nu. Daniel Day-Lewis berlakon ok gak. Nampak macam berkesan sungguh dia acting. Ader beberapa scene yang ako minat. Antara nyer :

+ Scene dalam bilik sakit.

Masa Madeline Stowe tu kat bilik orang sakit, Daniel Day-Lewis dok usha.

Madeline Stowe tu tanya “What are you looking at, Mr. Poe?”
Daniel Day-Lewis tu cakap ngan selamba “Why, I am looking at you, Miss”

Tak tau la nak cakap macam mana cun giler muka Madeline Stowe tu. Tak tau ler sebab makeup ker atau tidak, tapi pipi dan muka Madeline Stowe memang jadi merah padam. Kalau orang cakap tertunduk malu macam mana, ako rasa aksi macam tu la kot.

+ Scene sebelom Daniel Day-Lewis terjun dari waterfall.

Terangsang ako biler dengar Daniel Day-Lewis tu cakap kat Madeline Stowe “Listen. Submit. You hear me?
You're strong. You stay alive. I will find you. No matter how far, how long it takes...”



Resident Evil 3 : Extinction

ako menaruh harapan yang tinggi pada citer nie setelah ako dikecewakan ngan citer Resident Evil 2. tapi malang nyer sekali lagi ako dikecewakan. Apa yang ako harapkan musnah. Citer nyer lagi mengarut dari RE-2. sekarang Mila dah ader kuasa mental yang bole buat force field sekeliling dia. Pulak?!

Audio CD

- Botak disco collection

Citer nyer ako pegi pasar malam. Jenjalan carik makan. Tetiba telinga ako dengar satu lagu yang agak best didengar. Rentak lagu dia pon lain dan penuh dengan ceria. ako pon mampir ke tempat asal nyer lagu itu berkumandang. O! Gerai jual VCD ruper nyer. ako buat-buat nengok VCD ngan DVD yang ader atas meja tu. ako tak la kemaruk sangat nak beli DVD/VCD ari tu sebab ada 2-3 DVD baru yang ada pon belom ditengok lagik. ako cumer amik peluang nak layan lagu yang best tu jer. Ruper nyer tu CD kompilasi lagu –lagu Disco cucuk-cucuk langit punya. Tak kesah la lagu aper pon asalkan layan. Tanpa membuang masa lagik ako pon membeli CD tersebut. Antara lagu-lagu yang ader dan yang ako minat ialah :

+ Le Freak [Chic]

+ Hot Stuff [Donna Summer]

+ Designer music [Lipps Inc]

+ Funkytown [Lipps Inc]

+ Play that funky music [Wild Cherry]

- Kenny G collection CD#1

Saper yang berpeluang kenal ako , memang akan tau yang ako minat sangat ngan lagu-lagu Saxophonist yang berambut macam maggie mee iaitu Kenny G. Bagi ako lagu dia best sangat dan bole buat ako “Mellow”. Ada satu ketika ako boleh dengar CD yang sama berulang kali tanpa rasa bosan. Irama yang kuar dari corong alatan yang dia tiup tu menyelinap terus ke jiwa ako . Pernah ako drive dari KL ke pantai timur yang perjalanan nyer memakan masa dalam 6-7jam sambil dengan lagu dia saja. Nasib baik CD atau CD player ako

Keseronokan mendengar musik instrumental nie ialah keupayaan pikiran dan imaginasi tak terbalas dengan lirik atau perkataan. Setiap nota, setiap turun naik hembusan nafas pemusik tu mengundang fikiran agar melayang merewang entah kemana. Kadang-kadang membawak sampai teringat kembali kenangan manis / pahit / payau / masin yang telah berlaku sepanjang kehidupan ako . Tapi kebiasaan nyer yang manis jer la. Antara lagu yang ako minat dalam CD nie ialah :

+ Beautiful : lagu nie penah dipoplar kan oleh Cristina Aguleira. Tapi dinyanyikan oleh ntah pompuan mana ako tak ingat. Tapi cara pembawakan nyer lagi slow relaks dan tak nyaring sangat macam versi original.

+ Even if my heart would break : Lirik dia best, lagu dia best dan suara orang yang nyayi lagu nie pon best. Bagi ako suara dia unik.

+ G-bop : Lagu jazz yang rancak sket.

+ Havana : Lagu maut nie. ako rasa macam nak nangis jer dengar. ako jadi sedih dengar lagu nie.

+ January : Glen nyanyi lagu nie diiringi leh tiupan Kenny G. Lirik nyer mendalam tu.

+ The moment : Memang kener ngan tajuk dia. Lagu nie buat ako terkenang kenangan manis yang pernah ako lalui sepanjang perjalanan hidup ako bersama mereka-mereka yang pernah ako kenali .

~

Tak banyak mender ako nak citer pasal hari raya yang lepas nie. Cuma ako amik cuti satu hari awal dan satu hari selepas raya. Sebab nyer ako nak balik awal ke kampung sebelom kesesakan lalu lintas dan satu hari untuk rehat secukup nyer sebelum mula bertugas kembali.

ako balik kampung bermula pada malam Khamis, dua hari sebelom raya. Kebiasaan nyer ako akan bertolak pada tepat jam 12malam. Tapi disebabkan ako tak leh nak tido dan mata ako tak ngantuk, jadi ako buat keputusan untuk bertolak lebih awal lagi. Dari KL dalam kol 10malam menuju ker Kuantan. Memang ako dah agak yang akan ada kesesakan di lebuhraya gombaj – Karak tapi tak la seteruk yang ako alami ari tu. Normally, masa yang di amik untuk ke terowong Karak tu cuma 30 – 45min jer tapi kali ini sampai dekat 2jam kat sana jer. Bayangkan la mamandu kereta kancil yang penuh ngan barang-barang nak mendaki bukit Karak tu. Ibarat mak bluehyppo terkial-kial nak manjat pokok.

ako dah seriau memandangkan suhu keter ako dah naik mendadak. Mana tak nyer, guna gear satu jer sepanjang jalan panjat bukit tu. Tak penah-penah ako guna hand break masa berenti kat bukit tapi kali nie terpaksa la untuk mengelakkan enjin ako tak meletup overheat. ako perasan kiri kanan ako banyak gak keter yang dah tersadai kat sisi jalan dengan boot keter terbukak. Nak sejuk kan enjin la tu kot. Nak jadi kan keadaan lebih teruk, banyak la plak bas-bas ekspres ngan lori besau yang ikot manjat bukit tu. Terbayang la kalu bas atau lori tu termati enjin atau ter-reverse ke belakang. Naya tu. Dari jauh ako dah nampak lampu break kenderaan sampai ker puncak Karak. Cantik plak, kater ako sajer nak sedapkan ati. Kat langit ako dah nampak ada bayang yang ujan akan turun tak lama lagi. Waduh macam mana ni. Nak u-turn dah tak leh.

Tertanya-tanyer aper la ke hal nyer yang leh jadi macam nie nyer teruk jam. Ader eksiden ker? Ader lori lemang terbalik ker? Ader orang kasi duit raya ker?. Akhir nyer terjawab setelah sampai jer kat muncung masuk ker terowong Karak tu. Tak jauh dari jalan masuk tu ako nampak satu keter wira itam tengah berenti elok-elok jer kat lorong laju dengan boot terbukak. La, overheat ke haper keter orang nie? Tak der ker tempat lain nak berenti sejukkan keter. Bayangkan la jalanraya 3 lane terpaksa beratur jadi satu lane disebabkan satu keter tu. Dah la tu, takde la plak orang malaysia yang prihatin nak nolong nolak keter tu kuar dari terowong dari tadi. Aper la.

Selepas dari tu semua nyer ok. Perjalanan smooth berselang seli ngan ujan yang turun sekejap-sekejap. ako

Berbanding ngan perjalanan datang, perjalanan balik tak kurang adventure nyer. Tapi lebih berat kepada keseronokkan daripada susah la. ako bertolak awal jugak dalam kol 8 lebih dari Nganu. Keseronokan bermula start masuk Hiway Kuantan – Karak. Kali nie tak der ujan lebat atau pon jam teruk, tapi kabus tebal plak datang menderu sepanjang perjalanan. Ada dua mender yang ako teringat sampai sekarang :

+ kabus nyer tebal sampai semua exit dari hiway tu berkabus. Sport light yang diorang pasang kat exit tu pon macam nampak tak nampak jer, ako terbayangkan citer-citer antu yang pernah ako nengok. Cuma beza nyer kabus nie original berbanding asap buatan kat dalam felem. Giler best lighting sportlight kaler kekuningan samar-samar berlawan ngan kabus. Ingat nak amik gambar long shot kawasan tu tapi takut kalu ader mahkluk asing dekat-dekat situ. Saper la tau kan?

+ ada satu ketika terasa sangat kabus tebal mengetuk-ngetuk dan bergesel ngan bahagian bumbung keter. Terutama nyer masa mendaki bukit yang curam. Agak nyer tu la jawapan bagi solan orang yang takut, kunun nyer ader antu ketuk-ketuk bumbung keter kot?

Akhir nyer ako sampai gak KL dalam kol 3pagi setelah meluncur laju berbelas-belas kilometer dari puncak Karak. Freegear tu beb. Jimat minyak weh. Dah la jalan lengang.

~

Sunday, September 16, 2007

TeamBuilding@A'Famosa Resort

TeamBuilding@A'Famosa Resort

Ako bz kebelakangan nie. Banyak luangkan masa kat upis. Kejer memang tak leh abis, for sure. Lagi pon ader masalah kat upis nak access blog ako. Almost 60% website kener filter. Mengong tol.

Anyway, ako attend kompeni teambuilding menggu lepas. Ako memang dah lama tak follow aktiviti upis nie. Alih-alih kener gak sebab compulsory. Jadual aktibiti seperti berikut.

Teambuilding Agenda on the 8th & 9th September 2007

DAY 1

TIME PROGRAM SCHEDULE

07.00 am Departure from TPM to A’Famosa Malacca

- kol 7.30 gak gerak sebab tunggu bas lambat.

- dah lambat tu sempat lagi la plak singgah kat perhentian rehat Nilai gi bfast.

- setelah memasing memenuhkan perut, semua jadi ular sawa kat dalam bas. Cuaca plak mendung semacam dan semua berharap agak hujan turung ngan segera. Kalau ujan tak yah la ader aktibiti luaran kan?

09.30 am Classroom - Ice Breaker

- turun jer bas tak sempat nak pegi tandas terus masuk bilik kelas.

- mula la sesi suai kenal ngan consultant dan pembantu consultant yang cun – Fatiha

- ucapan dari Senior Manager yang sempat meluangkan masa datang skali

- ucapan lagi dari yang berkenaan

10.30 am Coffee Break

- juadah biasa la.

- kuih muih

- teh / kopi panas

11.00 am IT 365 - Communication Strategy

- aktibiti dalam kelas

- dan terus buat aktibi luaran. Hilang akal gak nyer consultant tu buat aktibiti luaran time matahari tegak atas pala. Budak-budak sumer macam baru lepas mandi shower sebab air peluh meleleh dari pala sampai ujung kaki. Tak kire la pompuan ker lelaki sumer sama jer.

- dah agak-agak semua bau macam kambing kener jemur, baru la kiter orang dibenarkan masuk kelas balik. Dah semua berkipas walau pon aircond dah terpasang.

1.00 pm Lunch

- napas tak clear lagi dah kener gi lunch.

- masa yang ditunggu-tunggu sebab ako makan nasik lemah sebungkus jer tadik. Lapau sebab kener jemur pon ader gak.

- biasa la rambang mata kalau makan buffet nie.

- 1st ako serang seafood dulu. Kepah la, udang butter la, sotong la etc.

- lepas tu makan lauk jer. Daging kurma, ayam goreng rempah, kambing panggang etc.

- makan mender memanis. Kek ceklat pilihan ku...

2.00 pm Classroom Activity

- semua berpecah jadi 4 team kecik-kecik.

- semua kener buat slogan, logo, lagu dan lirik pon kener buat gak.

- ako amik bahagian lukis logo, sebab malas nak jadi juru cakap team.

3.40 pm Tea Break

- sambil minum-minum tu semua berdiskusi sebab kener buat team show lepas minum.

- sajian kuih muih lagik.

- air kopi dan teh seperti biasa.

4.00 pm Classroom Activity

- team memasing kener buat presentation pasal pilihan logo, slogan etc.

- masing-masing tunjuk talent bikin lirik ngan lagu sambil menari reramai

5.30 pm Light & Easy

- akhir nyer dilepaskan untuk pulang ker rumah tumpangan.

- kener menunggu 30min baru la ader shuttle bas bawak ker rumah tumpangan. Perjalanan pon amik masa 15min. Baru tau jauh nyer 3km dari kelas. Kalau tau macam nie nyer jauh ako nak jer bawak keter. Senang nak ulang alik.

- kompeni amik 5 bijik bungalow, agak nyer sebab budget ramai yang hadir kot. Alih-alih tak semua yang muncul.

- nasib ako baik sebab bungalow yang ako dapat tu penghuni nyer ader 4 orang jer. Dapat la sorang satu bilik besau yang ader 2 bijik katil satu bilik. Mereka-meraka yang sepatut nyer berkongsi bungalow tu dah ader plan sendiri. Diorang semua berkampung kat sebijik bungalaow yang diorang nak jadikan tapak pesta mabuk-mabuk malam nanti. Biau la. Asalkan diorang tak kaco ako tido dah cukup.

- ok la bungalow nyer. Besau banyak bilik bole muat 8 orang. Ader tibi, aircond, bilik air ader dua bijik siap ngan shower/bathtub lagik.

- kat depan umah plak ader bubble swiming pool. Tiap-tiap bungalow macam tu. Giler best!

- ako mandi manda aper yang patut sebab nanti nak gi makan reramai.

7.00 pm Dinner

- seperti biasa menunggu shuttle bas mai. Shuttle bus nyer lebih kurang macam bas mini yang takder dinding jer. Sepanjang perjalanan nak gi makan tu, ako terasa macam naik bas shuttle dalam zoo negara. Hutan jer sepanjang jalan. Kalau tak hutan, padang golf. La patut ler lama sangat nak sampai nyer. Bas tu buat satu pusingan penuh padang golf tu untuk sampai sana. Kalau merentas jer padang golf tu, rasa nyer 5-6min sampai dah kot.

- sampai jer semua terus menuju ke cafe.

- betul-betul lapar ako. Maklum la tenghari tadi ako tak makan nasik. Asik meratah lauk jer. Kalau perut orang melayu memang la macam tu. Kener dapat nasik gak setiap ari, walau pon sesuap.

8.30pm Team Performance & Creativity

- kalu ikot jadual nyer memang ader aktibiti lepas makan. Ruper-ruper nyer classroom dah diamik orang lain. Semua orang dah senyum macam kerang sebab memasing dah ader plan kalu class tak jadi. Sambil diorang bincang-bincang tu ako terpandang cik penolong consultant tu mandang kat ako sambil uloq mender kat tangan dia. Dari jauh nampak macam dodol jer, aper kejadah lepas makan nasi makan dodol plak. Ler, ruper nyer dia pelawa makan eskrim ceklat. Bukan eskrim ‘popper’ nu, ni eskrim bentuk ciub. Tak tanyer plak aper jenama nyer.

- dah orang pelawa nampak sumbung plaka kalu tak di amik. Mula la ako berborak-borak ngan dia sambil makan eskrim berlatarbelakangkan air terjun buatan. Tak sangka la plak, incident tu jadi bicara orang . ako ingatkan semua orang bz tak ler perasan ako ngan cik penolong consultant tu tengan makan eskrim berduaan. Lantak la weh!

- setelah mengikut suara ramai dan disebabkan tak der alternative lain, kelas dibatalkan untuk malam ni. Diorang plan nak gi jenjalan gi nengok koboi town.

- ako plak macam terpaksa menemankan bos ako, consultant tu, opismate Lin ngan cik penolong consultant tu gi karnival. Bukan karnival Sure Heboh, karnival koboi town nu. Ako tak minat sesangat gi sana, sebab ako tak leh dok tempat reramai orang. Lagi pon kalu dah sesak-sesak macam tu mesti panas gila. Bertolak-tolak lagik.

- last-last ako ikot diorang gak. Lin sakan nak amik gambar. Cian dia dah la tak cukup inci, terjengkit-jengkit snap kamera. Baju ako dah basah balik dek peluh. Nasib baik bau perfume ader lagik.

- dekat-dekat kol 11:00 baru abis. Bertolak-tolak la semua nak balik lagi skali. Kepala ako dah start berdenyut dah.

- time berpusu-pusu tu ako tak sedar si consutant ngan cik pembantu consultant tu hilang kemana. Nasib baik ako nampak Lin terkapai-kapai ngan kamera dia. Bebudak lain tak nampak kelibat pon, tadi semua kater nak jumper sekali reramai.

- semua dah berkumpul dan bersedia untuk menunggang shuttle bas kembali ker bungalow. Kepala ako dah berat giler sampai nak angkat pon tak larat. Sempat singgah kat kedai beli panadol sebab ako tak bawak aper-aper pain killer. Saper la agak tetiba plak leh sakit pala ni kan?

- sampai banglow, ako buat air panas, makan panadol dan melabuhkan kepala ako yang sememang nyer dah terlampau berat. Ako dah tak ingat aper2 lepas tu. Fana...

DAY 2

TIME PROGRAM SCHEDULE

08.00 am Breakfast

- nasib baik alarm bangun pagi semalam masik aktive lagi. Sharp kol 6pagi alarm ako dah menjerit-jerit. Kalu tak musti terbabas nyer la. Jangan cakap ako, bebudak satu bungalow pon sama gak. Kalau ako tak mengejutkan diaorang tu, musti layan bantal sampai tengahari.

- mandi manda sepatut nyer dan packing barang untuk check out. Malas ako nak ulang alik nanti. Penat leh.

- sampai terus gi makan bfast. Tak selera nak makan bebanyak. Kaki ngan badan sakit-sakit lagi sebab banyak berlari dan melompat semalam.

08.30 am room Review & Outdoor Activity

- ader review aper mender aktibiti yang dijalan kan semalam

- kener nyanyi lagi sekali lagu tema setiap team sambil menari

- muka semua yang tengah penat / kenyang macam mat / minat lepas kener ganja jer.

- betol-betol la membunuh mood orang si consultant tu. Ada ka, orang tengah wangi-wangi tu dia suruh buat aktibiti luaran? Yang elok berbedak-bedak dah mulai berbau macam ikan kat pasar. Dia kasi list mender yang kener buat. Kalau mender-mender senang ok la. Ader ker suruh

a) mintak 5 business card dari sesiapa.

b) mintak bawak sowang pompuan yang tak kenal dan perkenalkan kat suma orang.

c) dapatkan 2 jenis kaler lipstick dari 2 orang pompuan yang tak kenal. Siap kener interview sikit sebanyak latar belakan pompuan-pompuan nu.

d) sedikit daging mentah. Etc

- akhir nyer dapat gak la lebih kurang 14 mender-mender pelik yang dia mintak.

10.30 am Coffee Break

- meminum air kopi / teh sambil mengejar nafas yang lari entah kemana. Nasib baik tak muntah-muntah makan swissroll tu.

11.00 am Outdoor Activity

- ingatkan dah abis la aktibiti luaran, ruper nyer ader la lagi. Kener jemur lagi tengah panas masa matahari tegak atas kepala.

- tak sempat peluh pagi tadi nak kering dah basah lencun lagik.

1.00 pm Lunch & Check out

- Tak larat nak makan dah.

- amik bau jer sambil jeling-jeling makanan yang ader. Jamah la sket kuih muih yang memanis. Banyak sangat ilang kalori, kener tambah balik. Kalu tak pitam nanti susah.

- saper-saper yang blom check out tu balik bungalow jap kemas-kemas barang. Ako amik masa yang ader tu berehat kat sofa yang nyaman. Kalau tak ingat ader kelas mau ako sambung tido kat situ.

2.00 pm Classroom Activity

- aktibiti menghias sowang dari ahli team jadi red-indian. Nasib baik nama ako tak naik.

- abis semua mender dari daun kelapa sampai la ker lipstick digunakan untuk menghias.

- ingat nak perdajal sowang jer ruper nyer satu team kener buat aksi menari reramai sambil diketuai oleh red-indian sekor tu.padan muka memasing.

3.20 pm Tea-Break

- minum lagik. Kali nie makan mee gorang. Ako minum jer.

- perut tak stabil lagi nak makan mender berat-berat. Lagi pon nak sampai penghujung perjalanan dah nie. Nanti sampai kl leh makan lagi kan?

5.00pm Closing Speech & Certificate

- seperti biasa, penyampaian sijil dari cik penolong consultant kepada setiap individu.

- ucapan ringkas dari consultant dan ketua kontigen kompeni sebagai penuntup tirai sesi teambuilding.

5.30 pm End of Day 2 – Departure to TPM

- balik weh! Ingat nak tidoq. Driver pasal Rush Hour 3 plak. Nasib baik ako tak beli DVD citer tu, giler busan. Kalau ako tau macam tu nyer busan baik ako tidoq jer dari mula naik bas.

- dah nak sampai upis, bole la plak jam giler due-due belah hiway. Ader la dekat-dekat 20min tergendala kat sana. Ntah aper la diorang buat reramai kat hiway tu.

- akhir nyer selamat sampai ker upis tercinta. Huhuhu.


Ako nak tujukan lagu nie pada sesiapa yang ako kenal. Sebenar nyer dalam hidop nie tak guner kalau hanya menunjuk-nunjuk aper yang ader diluaran sekadar mengaburi pandangan mata orang lain. Pendek kata hipokrit bukan pada orang lain, tapi juga pada diri sendiri. Orang puteh cakap “sugar coated”. Be yourself and be merry. Aper-aper pon ako minat sangat kuih “sugar coated” such as Keria. Nyam nyam.

Title: R.E.M. - Imitation Of Life lyrics
Charades, pop skill
Water hyacinth, named by a poet
Imitation of life.
Like a koi in a frozen pond.
Like a goldfish in a bowl.
I don't want to hear you cry.

That’s sugarcane that tasted good.
That’s cinnamon, that’s Hollywood.
C'mon, c'mon no one can see you try.

You want the greatest thing
The greatest thing since bread came sliced.
You've got it all, you've got it sized.
Like a Friday fashion show teenager
freezing in the corner
Trying to look like you don't try.

That’s sugarcane that tasted good.
That’s cinnamon, that’s Hollywood.
C'mon, c'mon no one can see you try.
No one can see you cry.

That sugar cane that tasted good.
That freezing rain, that's what you could.
C'mon, c'mon on no one can see you cry.

This sugarcane
This lemonade
This hurricane, I'm not afraid.
C'mon, c'mon no one can see you cry.

This lightning storm
This tidal wave
This avalanche, I'm not afraid.
C'mon, c'mon no one can see me cry.

That sugar cane that tasted good.
That's who you are, that's what you could.
C'mon, c'mon on no one can see you cry.

That sugar cane that tasted good.
That's who you are, that's what you could.
C'mon, c'mon on no one can see you cry.