~Life is a journey, not a destination~ ~Think before you act, act like you have been thinking~ ~Live!.. don't just exist!~
Sunday, November 5, 2006
~Hari Lebaran~ Part 1 [Re-post#Sunday, November 05, 2006]
Dan tak kelupaan "Selamat Ari Raya Eid-Fitri" untuk sesiapa yang menyambut nyer. Seperti kebiasaan orang akan cakap "Maaf Dzahir Batin", jadi ako pon mengikut tradisi tu ngan rendah diri meminta maaf dari ujung rambut sampai ke ujung kaki, dari kulit luar sampai la ke pelusuk diri, dari apa yang nampak sampai kepada aper-aper yang tak dapat dilihat, dari dalam sedar kepada aper-aper yang terjadi diluar kesedaran, dan lain-lain. Harap dimaafkan segala kekhilafan dan kesilapan sepanjang tahun ini. Untuk korang, ako tak berkira sangat sebab ako tak besa nak memanjang-manjangkan masalah dan kesalahan orang lain. ako dah lama maafkan pon.
Aper nak citer?
Nak citer aper yang berlaku beberapa hari sebelom raya?
Nak citer aper-aper yang ako nampak/alami selepas update blog sebelom nie?
Nak citer aper yang ako rasa sekarang nie?
Banyak citer tu. hehe
Tapi ako cuber la citer yang mana patut dan yang mana tak patut tu ako simpan sendiri la ek? Lagi pon dah ader permintaan-permintaan supaya ako meng'update' blog ko nie. masey sebab prihatin(?)..
Ok la.
ako balik ke Nganu pada 21Oct lepas. 2-3 ari sebelom raya. Saje. Keseronokan balik Nganu nie ada 2 jer bagi ako, sebab mender-mender tu tak dok jual kat kl nie. tapi kalau ada saper-saper jumper mender-mender tersebut kat kl bole la 'rekemen' kat ako. Yang pertama nyer kuih "akok", 'fresh' dari dalam tempat bakar nyer. dan yang kedua nyer air nira mawar. pergh! ako kalu balik Nganu kener cari mender-mender tu, kalau tak macam tak sempurna jer balik ke nganu nie. tapi untuk kali ini ako dapat satu dari antara dua. ako dapat air nira mawar tanpa kuih akok. waaaa. sedih wooo. mungkin mokcik yang jual kuih tu tak niaga dah dekat-dekat raya nie gak nyer.
Nak dijadikan citer ako bertolak dari kl pada pukol 12malam. tak sangka plak ader kekesakkan lalulintas kat simpang nak masuk ke gombak 'hiway' dari taman melati [kalau korang tak tau kat mana nie, buat-buat tau jer la]. ader la dekat-dekat 2km jam nyer. ramai gak orang nak balik ke pahang, negeri-negeri utara dan ke pantai timur ujung-ujung minggu nie. yer la, sekarang pon gomen dah tak kerjer ari sabtu dan ader gak syarikat-syarikat swasta yang bagi perkerja diorang cooti ari sabtu [sabtu deepavali kan? ako tak amik peduli]. selepas merangkak-rangkak dalam jam tu selama dekat 1 jam sampai gak kat pintu tol gombak nu. alhamdulillah tak la baper sesak sangat selepas susur kuar ke bentong dari 'hiway' karak. perjalanan bermula seronok dari karak lagi sebab jalan sedap merempit. ala bawak kancil jer, maklum la keter kecik leh la menyelit-nyelit mana-mana yang patut. dah sampai ke 'hiway' karak-kuantan dah tak sonok sangat sebab :-- sepanjang 'hiway' tu kabus + jerebu tebal sampai jarak pandangan setakat 2 bijik kete kedepan jer. jauh sket dari tu memang tak nampak mender.- jalan 'hiway' biasa la lurus jer. keter pon tak baper banyak. busan weh! tu yang besit sampai 120++km/j. kalau ader 'speedtrap' memang 'confirm' kena dah.
untuk kali nie ako berenti tido kat perhentian maran sebab mengantuk sangat buang masa dalam jam tadi. tak penah ako rasa penat macam tu. ako mula tido dalam kol 3 sampai la kol 5 lebih, cukup la nak buat rehat mata, lagi pon kalau nak tido lena-lena sangat baik tido atas katil jer kan? hehe. lepas bangun tu, meneruskan perjalanan yang masih ada lagi 180++km tu. sepanjang perjalantu tak cukup ngan jerebu + kabus, ditambah lagi plak ngan ujan lebat. waaa! 'thrilling' kalau ikot cakap kawan ako. dah la sejuk, nak isap okok pon tak leh. yerla, tingkap tutup per. tersiksa weh!
Friday, October 27, 2006
~ Journey to Sentral Part 1 ~ [Re-post]


Assalmualaikum wbt dan selamat sejahtera..
Ari nie ari sabtu dan ia nyer hari sabtu yang sungguh bertuah sebab ako kener bertugas pagi nie. kol 8pg dah kena masuk kejer, ya rabbi! malas nyer la nak kejer ari nie.
Cuaca pagi nie melambangkan macam mana perasaan ako nak kuar umah pegi keja. Kabut / jerebu tebal walau pon semalaman hujan, angin langsung tak bertiup. Pelik jugak seminggu nie tebal sungguh jerebu kat Putrajaya ni. kalau macam nie la lagi seminggu, musti ramai orang sakit kat kawasan nie. termasuk lah mereka-mereka yang kerja gomen kat Persint-Persint berkenaan. Lama gak ako tak baca surat kabar, tak tau la aper hal nyer sampai jerebu leh sampai macam ni keadaan nyer. Baru tadik dapat email bagi tau sebab pembakaran (sengaja/tak sengaja?) kat indon sana. tapi tak dapat la dibayangkan baper banyak pokok-pokok yang kener bakar tu. mesti sedih mereka-mereka yang kerjer menjaga hutan (secara tak langsung atau pon yang secara langsung terlibat) tengok pokok-pokok yang diaorang bela terbakar. Kalau pikir-pikirkan bukan nyer dekat malaysia ngan indon tu. kalau naik tongkang dari acheh, mau makan 2-3 ari gak kot? bayangkan la sebanyak tu punya asap bole sampai sini, "musti busar punya api ada bakar". ako bakar sampah kat belakang umah pon tak la sampai macam tu nyer tebal asap nyer. ishh. ishh.
Citer-citer nie dah dekat seminggu lebih gak la kot posa. ako pon tak kira baper ari dah posa. memang dari dulu ako macam tu. bagi ako kalau berkire-kire nie lagi lambat rasa nyer, sebaik nyer bagi ako teruskan jer la posa sampai ader terdengar lagi 2-3 ari nak raya dah. ako rasa kalau orang yang berkire-kire ni macam jenis tak sabar nak mengabiskan posa, tak sabar nak beraya la tu. ala! kalau tak pendek umur insyallah sempat nyer beraya. yang penting kena la mengabiskan dulu posa. tu la, susah tak mboh nak terus senang jer. mana leh macam tu, kawan.
Ari rabu lepas ako ada appointment untuk berbuka posa ngan kawan ako Jiji. kawan lama ako masa ako budak-budak lagi. nie sekarang masing-masing dah sibuk ngan kerjer / idop masing-masing, dah jarang sngan jumpa. ako pon dah lupa bila "last" skali ako jumpa dia. hmm. ada la dalam 6-7 bulan lepas kot. dia sms ako senin lepas kol 11mlm. ada ka "time-time" macam tu ajak ako kuar pegi kl? mabok per! kalau 10minit dari Putrajaya bole sampai kl bole la. dah la tu, dia sms ako pon sebab dia buhsan dok umah sowang-sowang. mak ngan adik dia pegi merewang umah kakak dia. ako bagi tau dia, "lain kali, inform la 2-3minggu sebelom nak kuar. nie last-last minit baru nak bagi tau. aper la". alih-alih dia cakap nak "repeate" balik jumper ako, tapi "time" buka posa plak. so, dah set la ari rabu nyer nak buka posa. punya la teruk sampaikan"venue" pon tak set lagi. ala! yang nak jumper pon semua nyer lelaki, tak la kesah sangat. setakat nak jumper buka posa tu bole lagi beli air bungkus dok buka atas tembok. lain la kalu "date" buka posa ngan pompuan. leceh sket. "time" kena betol, "venue" kena seswai, itu... ini... blah! blah! blah!
sambung citer. aritu ako kuar upis kol 4.30ptg. ako sms dia yang ako nak jumpa dia kot Sentral lrt stesyen. dia pon setuju, tak ader bantahan aper-aper pon. so kire ok la tu. sebenar nyer ako malas nak bersesak bawak keter dalam jam tu. ako memang paham nyer "hiway" sungai besi tu. sedangkan ari biasa pon nak bergerak susah, aper lagi time orang balik kijer "time-time" bulan posa nie. ako tak nak la amik risiko berbuka posa dalam keta nanti. lagi pon kalau naik lrt bleh la lepak-lepak, tengok permandangan, tengok orang, baca buku ker, tapi yang penting ako dah lama tak merasa jadi penumpang. asik-asik ako jer jadi pak supir, tak kesah la sama ada ako "drive" sorang ker atau bersama orang lain. bole kire baper kali jer ako naik "public transport" sejak ako pandai "drive" nie. dah lama jugak tu kalau diingat-ingatkan.
so, 4.30ptg ako gerak ke "parking" kat lrt bukit jalil sebab paling dekat ngan upis ako. ako ingatkan "parking" kat area lrt "free", tak jugak. kener bayar dalam RM1.50. nasib baik la sekali bayar jer, kalau kener RM1.50/jam baik ako bawak jer keter pegi kl. tak berbaloi. jalan kaki ke lrt dalam 5minit. sebelum tu ako bertukar rupa untuk menyesesuaikan (ader ke perkataan macam nie???) ngan keadaan semasa. agak janggal la plak nak jenjalan naik "public transport" ngan berpakaian kemas macam nie. "nerd" sangat la plak nampak nyer. ako "un-tug" baju kemeja maroon ako, carik "cap", bukak satu butang baju paling atas, pakai "cap" terbalik, amik beg sandang itam ako, kuarkan "ipod" dan cucuk kat telinga. ok beres. sambil dengan "ipod" tu ako bergerak perlahan-lahan menuju ker stesyen lrt bukit jalil tu. untuk pengetahuan korang, ni la "1st time" ako nak naik lrt kat situ. kalau setakat nak mengambik atau menghantar orang kat sana pernah la. dah la ako termanggu-manggu sambil berpikir camner la ako nak beli teket. dah la kedua-dua mesin teket rosak. "last" ako pegi kaunter terus.
ako : teket ke Sentral satu. (sambil buat muka konpius)
Tukang teket : Kalau encik nak ke Sentral, encik kena "transit" dulu. terpulang la samada encik nak "transit" kat Bandar Tasik Selatan atau pon di Masjid Jamek, pon bole gak.
ako : Err... (Bandar Tasik Selatan tu kat mana? Masjid Jamek tu dah kat tengah-tengah kl dah. tak jauh ke nak patah balik gi Sentral?....) takper la. teket ker Bandar Tasik Selatan satu (ako cakap dengan konfiden nyer. ako pon tak tau baper hinggit harga teket tu, jadi ako hulurkan RM10.)
Tukang teket : Hmm. tak der duit kecik ker encik? (sambil buat muka terperanjat campur muka penat posa)
ako : tak der la. tu yang paling kecik. (senyum dan buat muka tak bersalah)
Tukang teket : (mencapai duit RM10. memulangkan balik baki duit ako dan teket.) Terima kasih.
ako : (eksprasi terkejut sebab duit sen nyer menimbun-nimbun) Er.. sesama
ako belek-belek teket tu carik harga nyer. La! RM0.70 je? awat murah sangat? patut la banyak sangat duit "balance" nyer. dah ako berjalan sambil membawa duit sen seberat tu ke tingkat atas.
Sampai atas ako nengok kiri kanan. tak ramai orang kat sini. mungkin orang blom balik kejer lagi kot. tapi takkan la kot, sebab tengok jam dah menunjuk kan kol 4.50ptg. (orang-orang kat sini tak balik kejer awal ker masa bulan posa ni?). ako kuat kan "volume" ipod dan layan lagu sambil perhatikan kalau-kalau lrt sampai. ader la dekat-dekat 10minit tunggu baru la sampai. huyooo! tak ramai orang, banyak lagi tempat duduk kosong. nasib baik. seronok nyer naik lrt, wooo! rasa hebat sangat, macam budak-budak plak. hehe.
ako tengok atas, ako baca peta perjalan lrt. ooo! lagi 2 hentian sampai la kat Bandar Tasik Selatan. lrt bergerak perlahan-lahan. ako perhatikan kebanyakkan jalan-jalan masa nie semua nyer jam. termasuk la "hiway". nasib baik ako naik lrt, pilihan yang bijak. tak sempat panas kusi tu ako dah sampai ke Bandar Tasik Selatan. turun jer ako nampak perbezaan kat sini dengan Bukit Jalil. kat sini penuh dengan orang. sibuk. ader "student", mak bapak orang, anak dara, dll...
Dah kat sini plak ako terpinga-pinga sebab tak tau nak pegi mana. yer la tukang teket tu cakap kener "transit", tapi "transit" yang mana satu. yang buat ako konpius tu sebab kat sini ader kaunter untuk komuter dan ERL. pikir punya pikir, disebabkan ako tak mau buang masa dan sebab ako tak mau terlambat ke Sentral, ako buat keputusan untuk naik ERL jer. ako pegi ke mesin teket yang berdekatan, nasib baik masih bernyawa mesin nie. tonyoh! tonyoh! tonyoh! (macam iklan TV9) butang kat mesin tu, tup! tup! dia mintak RM4.20. ok. ako masukkan la duit secukup nyer dan dapat la teket. gerak perlahan-perlahan ke terminal. la!! ako sorang jer ker lagi kat sini? dah la tadi ako sorang jer, kat sini pon ako sorang bernyawa gak ker? mana pegi sumer orang ek? la! patut ler tak der orang. ako jer sorang yang "time-time" balik kerjer ni nak pegi kl. orang lain sumer nak balik umah dari kl, ako terbalik plak. dok situ menunggu rasa macam dalam citer seram plak. dah la terminal tu sunyi, dengan lampu tak terpasang lagi, cahaya pon suram-suram je, campur ngan jerebu tebal... hu! hu!
ada la dalam 15minit tunggu baru la sampai ERL nyer. agak ramai orang. tertanya-tanyer ako dari stesyen mana diorang nie naik. yer la, ako bukan nyer penah naik pon kat stesyen ni. sonok tengok permandangan kat luar masa ERL tu bergerak. laju!! kejap nampak kawasan perumahan, kejap tukar jadi kawasan bukit, kejap tukar jadi kawasan kedai. kejap jer rupa nyer nak ker Sentral. kalau "timing" tepat, mungkin lebih cepat daripada masa yang ako buat arini. tu sebab ako tak tau kol baper lrt sampai, kol baper ERL sampai terminal. nanti la, kalau ader kesempatan ako nak "repeate" balik perjalanan ako nie lagi. nanti-nanti la.
Sampai kat Sentral ako terus carik "food court" kat tingkat 2.
------>> bersambung
Saturday, October 7, 2006
~ Journey to Sentral Part 2 ~ [Re-post#Saturday, October 07, 2006]


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera lagi...
Baru lepas menghabiskan sket kerjer-kerjer kat upis nie. biar "settle"kan sket-sket, nanti "time" nak balik tak banyak sangat "outstanding" nyer. Ok, sekarang leh sambung citer balik. Kat mana tadi ek?...
Haa! Sampai kat Sentral ako terus carik "food court" kat tingkat 2...
Sampai jer Sentral lagi pening pala ako. bukan nyer aper, terlampau ramai sangat orang kat saner. dengan orang orang balik keje, dengan orang berniaga, dengan polis meronda-ronda, dengan orang yang "dating", macam-macam ada!!.
Memandangkan banyak lagi masa sebelom berbuka, ako pegi pusing-pusing kat tempat diaorang niaga. ako ternampak gelang tangan yang dibuat dari manik kayu. cantik. ako buat nekad akan beli mender tu kalu ader duit nanti. yer la, gaji pon blom kuar lagi. selain daripada tu takder mender lain yang menarik. kebanyakkan mender-mender tu ader jual kat mana-mana. songkok la, baju melayu la, tudung la, kurma la. dll.
ako masuk ke "food court", ako rasa tersorok sangat tempat nyer sampai ako sendiri pon tak jumper cari tempat tu. yang buat ako perasan ada nyer "food court" tu sebab ader papan tanda ngan lampu liplap! liplap!. kalau tak der papan tanda ngan lampu tu, tak saper tau ader kedai makan sana.
Kat dalam boleh la dikaterkan meriah jugak. ader la dalam 12 "outlet". ada yang jual nasik campur, nasik kerabu, "claypot", rojak, kuih-muih. Aper-aper hal ako carik dia dulu. ako perati nampak dia tengah duduk bosan sorang-sorang. hehe. ako jumper dia, sonok betol dia dapat jumper ako nampak nyer sampai semua mender di anak belanja. kire ok la, dah orang nak belanja kalau tolak nanti kecik ati plak nanti kan? tempat makan dia ok la jugak, sebab diorang asingkan tempat untuk perokok dan yang bukan perokok. rasa macam duduk kat kedai kopi cina plak sebab meja dan kusi dia buat dari kayu. teringat kedai kopi cina kat kg ako dulu, kecik-kecik dulu rajin atuk ako bawak jenjalan sana.
ako tak makan pon, cukup sekadar minum nescafe panas. tengah berborak-borak tu tetiba datang plak sowang lagi kawan ako (Arip). dari berdua dah jadi bertiga plak dah. lagi la riuh. tak tau la sebab aper, mungkin terlebih sangat minum nescafe atau pon terlebih sangat isap rokok, meja kiter orang jer yang kecoh macam nak rak. borak-borak... ketawa... borak-borak... ketawa. kelakar plak kalau dipikirkan balik. ako ingat kan bole la kejap jer aktiviti berbuka posa tu, tapi melarat-larat membawak ke pukul 10mlm. ako pon kener balik awal, sayang nak tinggalkan diaorang tu. lama woo! tak jumper-jumper macam tu. kalau senang nak jumper tak per la jugak. hmm. takper la, kalau ader kesempatan ako pergi la umah diorang "time" raya nanti.
Sunday, September 24, 2006
~ Hari pertama Posa ~ [Re-post#Sunday, September 24, 2006]

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera,
macam magik plak rasanya "firewall" ari nie membenarkan ako membolos ke "blogger website". kalau nak ikot-ikotkan esok cukup la 2 bulan ako tak meng"update" blog ako. Bukan nyer tak nak atau tak mau, cuma ako tak boleh melayari sesetengah "website" termasuk la "Blogger". kengkadang tu rasa banyak sangat mender yang ako nak perkatakan. yang nak ako luahkan dalam nie. tapi kalau dah tak bole nak masuk nak buat camno, potong stim betol.
Kebetulan plak arini ari pertama umat islam berposa. selamat menjalan kan ibadat posa korang la. cuma pesan ako, kalau agak-agak tak tahan tu pegi la minum ke, makan ke. jangan makan kat khalayak ramai dah la. nanti ader plak orang yang kener gari.
ako kerjer ari nie, kener kerjer sebab dah "turn" ako plak kener bertugas. bangun pagi tadi nampak macam nak ujan. langit pon mendung semacam jer. bunyi guruh dah kedengaran dari kol 5 lebih tadi. tapi tak nampak pon air ujan menitik. gimik jer kot? kalau dibuat nyer ujan bagus jugak, posa time ujan-ujan nie sonok. tak la terasa sangat penat nyer. harap-harap nya macam tu la.
Semalam ako balik umah lambat. sebab ako ader makan-makan kat umah kawan ako. beria-ia dia menjemput ako datang dari minggu lepas lagi. nasib baik la ako tadak aper-aper plan lain, bole la ako pegi sana. Dia pon takla bagi tau aper hal nyer tetiba plak buat makan-makan tu. yer la, kebelakangan ni orang slalu buat kenduri kendara untuk menyambut posa. tatau la dia berniat nak buat macam tu plak. so, petang semalam dalam kol 7 lebih ako sampai umah dia. ya rabbi! dah la penat memanjat tangga sampai ke tingkat 4 tu, sampai jer umah dia rupe-rupe nyer letrik kat blok tu baru jer putus. rasa macam lebai malang plak. tak per, ako berjanji ngan diri ako nak baham makanan dia banyak sebagai timbal balik aper yang jadi kat ako. sampai jer umah dia ako terus ke dapo. dia tak der kat umah ruper nyer. bini dia ngan kengkawan dia jer yang ader kat dapo tu, tengah masak roti jala.
Kat atas meja plak dah tersedia nasik impit, ayam dah tercarik-carik, bergedil kentang, soon goreng, pucuk goreng dan "Element" penting dalam persediaan SOTO ialah kicap bercili. Pergh!! nak nangis jer masa amik bau tu. terasa kepedasan kicap cili tu kat lidah ako, walau pon hanya sekadar membayangkan jer. seperti aper yang ako cakap tadi, satu lagi menu yang dia buat ialah roti jala ngan kari ayam. dalam kedue-due makanan tu, selera ako lebih memberat untuk makan SOTO jer. tak tau la naper. mungkin sebab ako dah lama tak makan makanan yang berkuah banyak macam tu kot. ntah la. ako kire-kire dari mula sampai umah dia hingga la sampai ako melangkah kuar dari umah tu, masuk 4 kali ako bedal SOTO dia tu. hehe.
ako lepak sana dari kol 7 lebih sampai la membawak ke kol 1 pagi. mana tak nyer, makanan banyak, lepas tu layan nengok TV9 citer "Ahmad AlLbab". borak-borak lagi. ramai gak kawan-kawn yang dia jemput smalam. tak putus orang sampai umah dia. ader yang datang bawak perut kosong jer, macam ako. Dan ader gak yang datang sana bawak makanan. ada sorang kawan dia tu datang umah, dah di bawak nyer plak lomang pulut sebatang. dah rasa macam ari raya plak. Posa pon blom start lagi dah ader orang buat bisness jual lomang. awal-awal lagi diorang nie dah amik kesempatan nak raya nie. ye la. dalam dunia nie saper yang cepat tangkap peluang, memang akan berjaya dari pada orang yang menunggu peluang datang sendiri. nasihat ako kat korang ngan kat diri ako sendiri gak.
Tuesday, July 25, 2006
~ Ironik ~ [Re-post#Tuesday, July 25, 2006]
Hari nie ari selasa dan ako dah kat upis dalam kol 07:00pagi. minggu nie ako kener mula kerja dalam kol 07:00pagi dan balik dalam kol 15:00petang. ok la kot. sebab kalau nak balik petang-petang tu tak la se'jem' mana pon. dan tak terasa sangat penat berkerje nyer.
Mengantuk plak pagi nie. nak kate sebab 'effect' ubat selsema tak jugak. sebab ubat tu ako makan 2 ari lepas. takkan la lama sangat 'effect' nyer kan? jap lagi ak pekena nescafe panas, mungkin bole terangkan sket bijik mata ako nie. cuaca kat kl nampak macam best jer ari nie. angin kuat tapi tak nampak tanda-tanda nak ujan pon. langit pon 'clear' jer, tak der awan gelap. dari malam tadi macam tu, cuaca sejuk tapi sejuk bukan sebab nak ujan. sekadar angin sejuk yang tak henti-henti bertiup.
citer pasal angin kuat nie, aritu ako ader berhajat nak buat aktibiti yang agak berpaedah sket. ako ingat ako nak buat layang-layang. masa tu ako tengah panaskan enjin keter dan masa tu plak angin kuat tiup kat situ. kawasan 'parking' keta tu kawasan yang agak berbukit jadi agak kuat la 'effect' nyer. angin kuat-kuat macam tu kalau main layang-layang alangkah sonok nyer. tu yang ako nak carik bahan-bahan nak buat layang-layang tu. kalau dah siap nanti bole la ako main layang-layang lepas 'time' keja nanti. dari pada terperangkap dalam 'jem' berejam, baik ako layan layang-layang dulu.
tengok la macam mana nanti, ako pon dah lama tak buat layang-layang nie. entah ingat ker tak lagi camner nak buat nyer. agak-agak kalau 'suft' internet ada tak website camner nak buat layang-layang ek?
---------
hm... aper nak citer lagi ek?
jap pikir.
pikir..
pikir...
pikir lagi....
ok...
Sekarang nie ako baru jer abis bertugas. Pegi lepak kat 'pantry' sebab kat sini tak ramai sangat orang. kalau nak dok surf 4-5jam pon orang tak ganggu nyer. ingat nak balik awal tadi, tapi tengok cuaca panas semacam jer terus kensel. lagi pon tak der aper-aper 'plan' pon nak buat ari nie. kalau ader pon dah nak dekat kol 5 nanti. banyak lagi masa nak buat macam-macam.
'Department' ako sekarang dah bertambah sorang lagi. orang nyer baru jer masuk dalam minggu nie. kalau nak kire kan dia tu bekas 'teamlead' ako kat tempat kerjer lama. sekarang nie kire ako la 'senior' dia plak. hehe. sorang-sorang nampak nyer budak-budak dari sana berenti kerjer.
Aper hal gak nyer?
Biasa la kalau orang reramai blah tu maksud nyer tak lain sebab 'management' yang tak pandai nak 'manage'. ako dah nampak dah mender nie akan berlaku, sebab tu ako blah cepat-cepat.
Bukan senang nak jadi sorang 'manager' yang pandai me'manage' orang-orang dibawah nyer. bukan semua orang bole jadi sorang 'manager' yang baik. kadang-kadang disebabkan 'manager' yang terlalu sangat mengikot kehendak orang-orang bawahan nyer bole menampak kan dia sebagai sorang yang tak tegas. dan kalau seorang 'manager' terlalu bertegas sangat pon bole menyebabkan orang-orang bawahan dia rasa macam tak der berpeluang untuk bersuara plak. kener tengok situasi bile masa untuk bertegas dan bila masa untuk tidak bertegas.
Tapi dalam situasi kat upis lama ako tu, aper yang ako perasan ialah :-
- 'Manager' terlampau memaksa orang-orang bawahan mengikut telunjuk nyer.
- 'Manager' tak mahu mendengar/menilai aper yamg ingin disuarakan oleh orang-orang bawahan beliau.
- 'Manager' memberi perhatian(rapat) hanya kepada beberapa orang. itu pon kerana orang-orang tu sanggup mengikut kata-kata beliau.
- dll..
Pendek kata, 'manager' sebegini tak akan dapat menunjukkan nilai-nilai positif untuk orang-orang bawahan beliau. beliau tak akan menjadi satu contoh yang baik dan orang-orang bawahan beliau akan hilang keyakinan kepada kepimpinan beliau.
ako dengar 'manager' tersebut telah pon memberhentikan perkhidmatan beliau sebab tak sanggup nak tanggung malu. ini semua disebabkan oleh ramai orang-orang bawahan beliau yang berkomplot untuk memberhentikan diri masing-masing secara beramai-ramai. 'manager' tersebut telah bertugas kembali disalah sebuah 'company' tidak jauh dari 'company' yang ditinggalkan nyer.
Ironik nyer :: orang-orang bawahan yang memberhentikan diri mereka itu terkesima disebabkan 'manager' itu bertugas di'company' yang sama ngan diaorang. hehe.
tak dapek nak nolong.
------------
ako nak tujukan lagu 'feberet' ako kat mereka yang merasa ironik, termasuk la ako, mereka dan keluarga mereka.
Enjoy...
Alanis Morissette - Ironic
An old man turned ninety-eight
He won the lottery and died the next day
It's a black fly in your Chardonnay
It's a death row pardon two minutes too late
And isn't it ironic...dontcha think?
It's like rain on your wedding day
It's a free ride when you've already paid
It's the good advice that you just didn't take
Who would've thought...it figures
Mr. Play It Safe was afraid to fly
He packed his suitcase and kissed his kids goodbye
He waited his whole damn life to take that flight
And as the plane crashed down he thought "Well isn't this nice..."
And isn't it ironic...dontcha think?
It's like rain on your wedding day
It's a free ride when you've already paid
It's the good advice that you just didn't take
Who would've thought...it figures
Well life has a funny way of sneaking up on you
When you think everything's okay and everything's going right
And life has a funny way of helping you out when
You think everything's gone wrong and everything blows up
In your face
A traffic jam when you're already late
A no-smoking sign on your cigarette break
It's like ten thousand spoons when all you need is a knife
It's meeting the man of my dreams
And then meeting his beautiful wife
And isn't it ironic...dontcha think?
A little too ironic?
...and yeah I really do think...
It's like rain on your wedding day
It's a free ride when you've already paid
It's the good advice that you just didn't take
Who would've thought...it figures
Life has a funny way of sneaking up on you
Life has a funny... funny way of helping you out
Helping you out......
:-P
Monday, July 24, 2006
Isnin ~ Sepagi-pagi nyer [Re-post#Monday, July 24, 2006]
Dan selamat sejahtera kepada semua.
Ari sabtu lepas ako kena bertugas untuk 'company' separuh hari. cuaca nampak muram hari tu dan nasib baik tak banyak orang yang rajin nak tepon ako. macam tu la keadaan nyer sampai ke pukol 1 tengahari. alhamdulillah.
"Aper citer?"
Aper ekk? :-
- Hari jumaat lepas ako dapat sms dari adik ako. dia mintak tolong hantarkan dia ngan mak dan ayah ako pergi ke stesyen LRT Sental ahad pagi dalam kol 4.30. La.. ghuper nyer diorang nak pegi jenjalan makan angin kat Padang, indonesia. hamboi! hamboi! berjalan sakan. dah la tak ajak ako. kalau ajak pon belom tentu ako leh pegi sebab kerjer kan. tak per la. biar la diorang lepak-lepak dan bersantai kat saner. tapi jangan luper beli ole-ole untuk ako dah la. Padang tu pon ako tak tau kat mana letak nyer. yang pasti tu kat indonesia la.
Malam sabtu ako lepak kat umah kawan ako kat puchong. Dalam kol 12 tengah malam ako ngan dia kuar pegi kedai makan dia kat Sunway. memang rutin dia pegi sana tiap-tiap malam sebab nak tengok kedai dia sambil amik duit keuntungan aritu. lepas abis kerja dia kat sana, dalam kol 12.30 tengah malam kiteorang pegi ke taman melawati lepak-lepak kat restoran "Calypso". minum-minum sambil borak-borak.
Nampak nyer nasib kiteorang tak baper baik malam tu, sebab kiteorang sampai lambat sket. band yang main 'live' band baru jer lepas kemas-kemas barang-barang diaorang. tak per, kurang-kurang ader masa ako borak-borak ngan kawan ako tu. dok saner sampai kol 3pagi. lepas tu kiteorang gi amik mak, ayah dan adik ako kat keramat. bertolak dari keramat dalam kol 3.30pagi dan sampai sentral dalam kol 4.30pagi. 'timing' baik sebab sampai saner je, bas nak gi KLIA dah tunggu. lepas upacara salam-salam dan peluk-peluk, ako ngan kawan ako tu pegi carik tempat nak lepak lagi. pusing-pusing kl malam-malam tu sampai ke USJ. akhir skali lepak kat A&W USJ. pepagi tu lepak sambil pekena 'Float' ngan kopi panas. ramai gak orang kat sana. mesti diaorang dah tak der tempat lain nak lepak kot. tempat tu jer yang bukak 24jam sehari. dok bertapa kat sana sampai kol 5.30pagi lepas tu ngan keadaan kenyang minum air balik umah dia kat puchong. tido.....
- ako baru paham aper yang ako dengar dari orang tue-tue cakapkan, "Tuhan tak kasi satu ujian tak lebih dari aper yang mampu di tanggung oleh seorang manusia".
Aper yang ako paham ialah pada setiap selekoh kehidupan manusia tentu ada ujian-ujian tuhan nak menguji sama ader manusia tu dapat bertahan dan bersabar dengan aper yang diuji. ujian yang diberikan tu sekadar aper yang termampu di tanggung oleh manusia itu sendiri. seberat mana ujian tu, tuhan sajer yang tau. Dan ketahanan dan kemampuan seseorang manusia untuk menahan ujian itu tak sama antara satu manusia dan manusia yang lain.
Mungkin bagi seseorang kesusahan yang dialami nyer itu nampak terlampau payah bagi orang lain, tetapi bagi diri dia sendiri kesusahan itu tak seberat mana yang disangkakan. ako pernah tercampak didalam satu keadaan yang agak sukar lama dahulu dan syukur ako dapat bertahan dan mampu untuk menghadapi kehidupan sampai saat ini.
- Dulu masa ako remaja, ako jenis yang suka merayap. biasa la, masa tu tak der kenderaan sendiri dan hanya bergantung pada kenderaan awam jer. kalau pikir-pikirkan lagi mudah untuk pergi kemana-mana naik kenderaan awam daripada memandu. tak payah nak pikir pasal kesesakkan lalu lintas, tak payah pikir pasal nak bayar tol, nak isi minyak, nak bayar parking. enjoy.
Kalau ako kuar dari umah ako mesti bawak barang-barang nie dalam beg sandang ako :-
i) Walkman - melangkah kuar jer dari umah, mender nie memang 'on' jer. 'off' biler bateri abis atau dok borak ngan kawan-kawan jer.
ii) Kaset - kurang-kurang ader 2-3 kaset. mana tau boring dengar satu kaset boleh tukar kaset lain plak.
iii) Novel - mender penting nie. boring dok tunggu bas sampai ke destinasi atau boring dok lepak kat kedai, bole baca-baca. kurang-kurang ader mender nak dibuat.
iv) Buku nota - kalau tak der mood nak baca novel, bole tulis atau lukis macam-macam kat dalam buku nota nie.
v) Pen / pensil - peralatan untuk menulis atau melukis?
Sekarang pon ako masih bawak mender-mender nie kecuali walkman ngan kaset jer. sekarang nie zaman teknologi tinggi, ako pakai 'ipod' je. kalau kire-kire lebih dari 100 MP3 leh masuk dalam 'ipod' ni. cuma masalah nyer kalau abis bateri 'ipod' nie susah la nak di'charge' balik. bukan ader 'spare' bateri pon.
Dan tempat-tempat yang slalu ako 'melawat' ialah :-
i) Kotaraya tingkat 4 - tempat nie 'glamour' sebab ada kedai game. kalau ako sampai sini, dok saner satu ari suntuk pon tak kesah. nie salah satu tempat perjumpaan ako ngan kawan-kawna ako.
ii) Pertama komplek tingkat 3 - sama seperti yang diatas.
iii) Panggung Wayang - tak kesah la mana-mana panggung wayang pon, asalkan citer nyer best.
iv) Dayabumi - Kat sini ada Galeri Petronas sebelom diorang pindah kan galeri tu kat Menara Petronas. Selalu ada pameran seni kat sini. kalau bukan pameran lukisan, diorang buat pameran arca kat sini. ako slalu datang sini dulu sebelom melawat ke tempat-tempat lain. dok kat dalam nie tenang rasa nyer. mungkin sebab keadaan nyer sejuk dan suram, dan ako leh duduk kat atas lantai tanpa ader saper-saper nak ganggu.
v) Menara Maybank - seperti diatas gak, kat sini ada Galeri Maybank. layan tengok pameran lukisan kat sini.
vi) Central Market - Kat sini tempat bersosial dan minum-mimum. kat bahagian bawah ada satu restoran mamak 'Hameed'. ako lepak sini untuk makan, minum, membaca buku dan memerhati gelagat orang. tempat yang sesak nie ramai orang yang ako leh perhatikan. terutama nya ketika masa balik kerja. Kat luar Central Market, setiap petang selalu nyer ada orang main gitar. bermula kol 4.30petang sampai la ker kol 7petang. kadang-kadang membawak sampai kemalam. ako dok jugak tepi tembok tu sambil dengar lagu-lagu diorang dendangkan. terhibur jugak ati ketika penat-penat macam tu.
vii) Lorong Katak - Tempat melepak masa langit dah semakin gelap. lokasi nyer antara Central Market ngan Kotaraya. Kalau korang nak carik cuba la 'servey' lorong-lorang diantara dua tempat tu.
Tu sumer citer dahulu. ako tak lagi punya banyak masa untuk beriadah macam tu lagi. mungkin ako ader masa, tetapi ako dah kekurangan semangat untuk buat macam tu. masa untuk meng'update' blog pon kadang-kadang jer ada kesempatan.
Sampai jumper lagie. bubye!
Sunday, July 16, 2006
~ tip, trip, drip, grip... ~ [Re-post#Sunday, July 16, 2006]

Assalamualaikum wbt..
Dan selamat sejahtera kepada yang masih idop dan yang dah tiada lagi kat dunia yang fana nie. huih! panjang giler ucapan pembukaan nih.
Ari nie ari ahad, dan ako kener bertugas untuk 'company' ari nie. kerjer lebih masa beb. saper yang tak mboh. duit weh! tapi tak la kerjer penuh satu hari suntuk, kerjer untuk setengahari jer. alhamdulillah ari nie tak sebanyak 'call' seperti ari-ari lain. bole la ako meng'update' blog nie. aper ek nak citer ari nie? macam-macam citer ader.
- minggu nie ako kerjer tengahari. masuk kerjer kol 12 dan balik kol 8 malam. tak jadi masalah kat ako pon. lagi ako rasa selesa sebab ako ada banyak masa pagi nak buat macam-macam. antara nyer pegi berlepak dan 'breakfast' lama. citer pasal 'breakfast' ni, ari tu ako lepak kat USJ13 kat 'CHATTER'S KAFE & RESTORAN'. pekena roti bakar ngan teh tarik. lama gak ako tak pekena teh tarik nie. slalu ako minum nescafe jer. tetiba jer terasa nak minum teh tarik. sambil-sambil makan tu ako baca novel 'Shogun'. dari pada tak buat aper-aper baik membaca, ada gak pekdah nyer.
sebenar nyer ramai jugak manusia-manusia yang buat perangai macam ako nie. contoh nyer kat meja sebelah ako ader satu 'group' orang-orang pertengahan umo tengah berlepak. dari pakaian diorang nie nampak macam eksekutif pangkat tinggi-tinggi jer. terfikir plak ako naper eksekutif-eksekutif ni dok melepak kat 'cafe' kol 10 pagi nie. tak der kerjer nak buat aper?
dah lama mendengar kan tutur bicara diorang nie baru ako dapat tangkap diorang nie kontraktor berbagai bidang. diorang dok jumper reramai nak bincang pasal nak masuk tender yang mana satu. kire rajin gak diorang nie servey tender. penuh meja diorang ngan dokumen-dokumen tender dari berbagai agensi. swasta ader. gomen ader. nak carik duit kerner la berusaha kan. bagus la tu. terus kan perjuangan tu. so, kesimpulan yang bole diambil :-
1> bukan budak-budak remaja jer yang melepak kat 'cafe'. orang tua pon ader yang melepak gak.
2> jangan sangka semua orang yang dok melepak kat kedai atau pon 'cafe' tu tak der kerjer nak dibuat. diorang ader agenda diorang masing-masing. cuma kiter tak tau jer.
3> seronot dok melepak 'cafe' atau kedai makan sebab dapat tengok macam-macam jenis orang. bole paham lebih dalam lagi mengenai perihal manusia. dan cuba memahami diri sendiri secara tak langsung. tapi jangan la 'obvious' sangat perati orang sekeliling, jeling-jeling sambil bukak telinga dah la.
- sebelom nie ako ader citer pasal ako dapat meng'contact' kawan lama ako kat JB tu. ruper nyer citer nyer tak abis kat situ je. selepas 2 hari ako terima no enpone dia, ako dapat 'mis-called' dari no yang ako tak pasti siapa. banyak kali la jugak manusia tu tepon, tapi ako tak angkat sebab dah 'nature' ako tak angkat panggilan dari no tepon yang ako tak pasti saper. biasa la orang 'glamour' ramai orang carik, tak pon orang tepon carik nak mintak utang. hehe.
Nak dijadikan citer, selepas beberapa kali dia tepon ako tak angkat, manusia tu pon hantar beberapa sms yang mengatakan jangan kacau si'polan' sebab dia tak suka. huyooo. siap gertak tu. tu bukan masalah bagi ako sebab ako tak rasa bersalah pon nak hantar sms kat si'polan' tu sebab kawan lama ako. aper pulak masalah nyer kat situ kan? lagi pon sms yang ako antar pon masa pejabat dan tak der unsur-unsur :-
a) 18SG (untuk umo 18 taun dan berunsur sex / adengan ganas & tahyul) atau pon
b) 18SX (untuk umo 18 taun dan berunsur sex / penggunaan bahan hayal) atau pon
c) 18PA (untuk umo 18 taun dan berunsur agama & politik & ras) atau pon
d) 18PL (untuk umo 18 taun dan kombinasi dari 2 atau lebih dari aper-aper unsur yang diatas)
cuma ako bertanyer perkabaran dia selama ako tak berjumpa dengan si'polan' tu. Jadi ako tak la rasa bersalah pon. ako meng'reply' sms tu sambil memperkenalkan diri ako saper dan aper sebenar nyer motif ako meng'sms' si'polan' tu. alhamdulillah dia tak reply balik sms ako, mintak-mintak la dia paham aper yang ako sampai kan kat dia tu. ako bagi tau jugak kat manusia tu yang dia tak perlu nak rasa tercabar atau tersinggung (sekira nyer ader) sebab ako tak ader agenda lain pon, sekadar bertanyer perkabaran.
Kesimpulan dan pertanyaan yang dapat disunting dari citer diatas :-
1> naper manusia tu cepat melatah atas sebab-sebab yang tak patut dia melatah?
2> adakah menjadi satu kesalahan bagi seorang kawan untuk meng'contact' kawan nyer yang dah lama tak diketahui kabar berita nyer?
3> kenapa manusia suka melenting tanpa mengetahui hujung pangkal satu perkara?
cukup la persoalan-persoalan diatas tu. banyak-banyak sangat soalan nanti pening plak karang.
- tengah-tengah dengar radio, ako kepingin untuk mendengar sebuah lagu yang lama dah ako tak dengar. tetiba sajer perasaan tu kuat sangat, tatau naper. sebab kat dalam nie ako tak leh nak bagi korang MP3, jadi ako bagi jer la lirik nyer jer. kalau korang nak lagu nyer, pegi la carik atau download kat maner-maner. ntah ader ker tak orang simpan lagu nie lagi. bagi ako lagu nie best. terpulang kat korang la menilai nyer :-
Simply Red - Stars
Anyone who ever held you, Would tell you the way i'm feeling...
Anyone who ever wanted you, would try to tell you what i feel inside...
the only thing i ever wanted.. was the feeling that you ain't faking.. the only one you ever thought about...
wait a minute can't you see that i...
.......i wanna fall from the stars, straight into your arms
i......i feel you
i hope you comprehend...
For the man who tried to hurt you, he's explaining the way i'm feeling...
or all the jealousy i caused you, states the reason why i'm trying to hide...
as for all the things you taught me, it sends my future into clearer dimensions...
you'll never know how much you hurt me...wait a minute can't you see that i...
.......i wanna fall from the stars, straight into your arms
i......i feel you
i hope you comprehend...
Too many hearts are broken, a lover's promise never came with a maybe...
so many words are left unspoken...
the silent voices are driving me crazy...
as for all the pain you caused me, making up could never be your intention...
you'll never know how much you hurt me...
stay can't you see that i...
.......i wanna fall from the stars, straight into your arms
i......i feel you
i hope you comprehend.....
Sekian buat masa ini, hingga jumper lagik...
Monday, July 10, 2006
"Aper Citer?" [Re-post#Monday, July 10, 2006]

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Dan selamat berhari jemaat. hari terakhir berkerje dalam minggu ini bagi sesetengah orang tapi bukan untuk ako, sebab ako kener kerjer esok. tak payah nak pikir pasal esok sebab ari nie pon baru bermula, biar la esok ditangani esok jer.
"Aper citer?" perkataan yang slalu ako gunakan kalau berjumper ngan kawan2 ako. dah jadi macam "habit" plak. sampai ako penah kener tegur sebab "according" pada dia, macam ako nie tak der citer dah asik nak dia bercerita jer.
ada kemungkinan jugak aper yang dia cakap tu. ako sebenar nyer tak banyak citer, tetapi ako suka bercerita mengenai aper yang dialami oleh orang. bukan nak kater ako takder masalah, mana la orang dalam dunia nie yang tak der masalah kan?
ok la. ari nie ako nak tanyer "Aper citer" kat diri ako plak.
aper citer ek?
semalam ako dapat jugak contact no kawan lama ako. giler dekat 7-8 tahun tak contact. lost contact sebenar nyer. semenjak dia kije kat JB, lost contact macam tu jer. nak dijadikan citer tetiba ako teringat dia kijer ngan AMBank kat JB. habis ako tepon sumer "Branch" kat Johor tu.
malu? malu la jugak. dibuat nyer dia dah pindah kijer dalam masa 7-8 tahun tu. akhir nyer dapat jugak jumper kat "branch" mana dia kijer. teruja, gementar jugak nak pikir macam mana nak kenal kan diri ako kat dia. biler ako cakap ako saper, dia pon macam tergamam jer. 7-8 tahun wooo. lama tu.
lepas ilang semua perasaan tu, ako tanyer la kabar dia, macam mana idop dia selama nie. kalau nak diikot2kan banyak lagi yang nak diciterkan. sebab ako tengak kijer dan dia pon kijer gak, malas la nak bergayut lama2. cuma ako mintak contact no dia jer, supaya senang ako nak carik dia nanti2.
tu jer la citer nyer. cumer kesimpulan yang dapat dia ambil dari citer nie : kalau kiter nak buat satu mender tu mesti buat sungguh2. jangan sebab cubaan sekali atau kedua tak menjadi kiter bleh mengalah macam tu jer.
~ Wassalam ~
Saturday, June 17, 2006
DVD/VCD [Re-post#Saturday, June 17, 2006]
Ari nie ari sabtu. rasa sekejap masa berjalan. tup tup dah ujung minggu dah. Pejam celik, pejam celik nanti dah ujung taun plak.
Smalam kawan rapat ako datang bertandang kat umah. satu famili datang. saja nak jalan-jalan kata nyer. ako pon dah lama ajak diorang datang, agak nyer baru skarang ader kesempatan nak singgah kat sini. satu lagi sebab yang dia datang tu mungkin sebab ako 'racun' dia yang smalam ada pasar malam kat umah ako dan ada orang jual DVD/VCD kat sana. memang ader pon orang jual DVD/VCD kat saner tu, tapi sayang dia datang lambat sangat. cina yang jual DVD/VCD tu pon dah bungkus kedai dah time dia sampai. tak per, esok-esok masih ada.
sementara menunggu diorang sampai umah tu, sempat la jugak ako pegi merayau kat pasar malam tu. 'servey' DVD/VCD. tak banyak sangat citer-citer yang menarik ada kat situ. mungkin banyak yang ako dah beli kot. mana tak nyer, tiap-tiap jumaat malam muka ako jer yang jadi pelanggan tetap dia kat sana. jarang ako nak beli citer-citer yang baru nie. satu sebab gambar nyer tak cukup 'clear' lagi dan ako tak tau pernah dengar 'preview' dari orang dah tengok citer tu. jadi, kalau ako nak beli citer baru pon, ako akan beli VCD dulu. sebab murah. kalau citer tak best pon kurang-kurang nyer tak ler rasa membazir sangat pon.
aper citer yang ader smalam ek?
- Mission Impossible III
- Man Laksa (?)
- Da Vinci Code
- X-Men III
- Spirit Water
- Dll....
tu antara citer-citer yang baru kat wayang. pelik jugak rasa nyer. baru baper minggu kuar kat wayang dah ader DVD kuar. rajin sungguh orang gi 'pirate' citer-citer tu.
nak dijadikan citer ako nampak 'product' baru diorang. sebelom nie ako teruja tengok DVD 2 dalam 1, la nie dah ader sampai 5 dalam 1. mau tak teruja nyer. kalau 1 citer dalam 2jam, kalu kali dengan 5 citer mau sampai 10jam dok mengadap TV. dan citer-citer yang dalam DVD tu sumer nyer best-best giler. pandai sungguh diorang pilih citer-citer yang nak kumpulkan dalam satu DVD tu.
antara citer 'kompilasi' yang ako teruja tengok :-
- X-Men I - III
- Lord of The Rings I - III
- StarWars I - IV
- Indiana Jones I
- III- UnderWorld I - II
- Once Upon a Time in China I - III
- James Bond (...)
- Dll....
nanti la kalu ako ader duit lebih ako nak 'collect' sumer citer-citer tu. bukan senang nak dapat DVD gitu, tambah plak ngan harga yang memuaskan ati. tak kesah la orang cakap ako ni menggalakkan DVD 'Pirate'. tak kesah la orang cakap ako tak mendukung wawasan kerajaan nak membasmi aktiviti 'Pirate'. Dah banyak ako 'Support' kerajaan. bayar cukai tu, cukai ini.
dah cukup kaya dah kerajaan nie.
Saturday, June 3, 2006
Mari meng"update" blog [Re-post#Saturday, June 03, 2006]
Ari nie ari sabtu. Kena bertugas plak ari nie. tapi tak per, sebab kerja stengah hari jer.
Ari nie upis senyap sunyi, tak banyak sangat "call" yang masuk. mungkin semua sistem berfungsi sebaik yang mungkin. Satu berita yang agak menyenangkan pada ako kalau tak der masalah yang timbul hingga pukul 1 nanti. Tinggi harapan tu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Alhamdulillah penantian ako akhir nyer berakhir.
Punya la susah nak berurusan dengan bank untuk meng"clear"kan cek ako. nak kata besar sangat jumlah cek tu pon tak jugak. tapi macam mana sekali pon alhamdulillah. Terasa susah jugak dalam satu setengah bulan yang lalu, dengan keadaan tak "clear"2 lagi cek tu. nak buat aper2 pon susah, nak beli barang pon berkira. macam2... tapi kalau tak ader masalah macam nie tak thrill la idop kan? betooolll!.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dalam ujung minggu nie kawan upis lama ako kawin. Ok la tu, dah sampai jodoh dia. alhamdulillah dan tahniah diucapkan. tapi ako tak dapat nak menghadiri kenduri nyer sebab buat kat Kelantan sana. Kalau ako tak kerje ari nie mungkin ako akan pergi sana, tapi dah tak der rezeki nak makan nasik kenduri dia. ala, yang penting bukan nyer nak datang makan kan? cuma nak meramai kan majlis jer. kalau kenduri kawin tapi baper kerat jer orang datang aper plak citer nyer.
Harap2 dia dapat hadiah yang ako hantar kat dia. dan harap2 dia suka ngan hadiah tu.
Selamat Pengantin Baru!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sunyi?
Kesunyian?
Bersunyi-sunyian? hehe
Sape yang tak penah rasa sunyi kat dunia nie? kebarangkalian untuk manusia tu tak ade prasaan sunyi tu amat kecik. kecik sangat.
ada jalan penyelesaian atas masalah tersebut? [Kalau perkara tu dianggap satu masalah la]. blom ader doktor pakar yang bole kasi ubat hospital untuk membasmi penyakit sunyi tu. jadi, jalan penyelesaian yang terbaik ialah untuk mengelak dari unsur2 yang bole membuat perasaan sunyi tu wujud atau sekurang2 nyer mencari jalan untuk menindih perasaan tersebut dari menguasai diri.
Jangan la tanyer macam mana nak buat. Pikir la aper2 mender yang bole menggembirakan hati sendiri. pegi berenang ker, baca buku ker, window sopping ke, tengok wayang ke, paling kuat pon pegi jer tido atau update blog. hehe.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
nampak nyer masa tak membenarkan ako dok lama lagi kat upis nie. tup tup dah nak kol 1 dah. nak konsentrate update blog pon susah kan? apo nak buek...
Ok la. chow kin.
Sunday, May 28, 2006
He He [Re-post#Sunday, May 28, 2006]
Ari nie ari ahad dan ako terpaksa berkerje. huhu. Ni sumer disebabkan diorang nak buat testing ngan server. Nak buat macam mana kan? untuk idop kener la carik duit untuk makan, minum, pakaian, kenderaan dan lain2 lagi. tu prinsip idop orang2 abad ke 21 nie. secara tak langsung ako pon terikot2 arus keidopan macam tu, walau pon ako cuber tak nak bergantung pada duit. hmm. susahkan nak melawan arus?
-------------------
semenjak pagi tadi tak banyak sangat call yang masuk, berbanding dengan hari2 biasa. jadi ako ader kesempatan untuk melawat laman2 web dan mengupdate blog ako sendiri. bukan selalu berkesempatan untuk dapat peluang macam nie.
Seronok dapat baca blog kawan2. macam2 citer depa dok tulis. citer2 aper yang diorang alami walau pon diorng macam ako gak, macam biskut sekejap ader sekejap tak der. depa pon bz gak ngan kerjer dan kehidupan masing2 jugak tu. ako paham. kalau tak paham pon buat2 paham dah la.
mender tu buat ako terfikir aper mender menarik yang jadi kat ako kebelakangan nie yang bole ako kongsi. macam tak der aper yang menarik jer. mungkin sebab ako terlalu sibuk ngan kerjer baru ako nie, sampai tak der masa nak tengok kiri ngan kanan ako. atau pon mungkin sebab ako pikir mender yang ako alami tu tak seceria mana kot? ntah la.
ako rasa masa ako semakin pantas semenjak ako bertugas kat sini. kadang kala sampai tak perasan yang dah sampai masa untuk balik. Letak jer headset kat kepala terus tak ingat aper2 lagi dah. pelik jugak ako kadang2, bukan nyer banyak mana pon kerjer nyer. cuma menolong depa settle masalah melalui tepon jer. kalau ikot kan tak banyak beza ngan kerjer ako yang lepas2. tu yang pelik nyer. Aper2 jer la.
-------------------
ako dapat panggilan untuk interview kat sebuah syarikat minyak yang tersohor jugak kat malaysia nie. tapi ako rasa berbelah bagi nak pegi kerjer kat sana. ako rasa walaupon gaji yang ditawarkan tu banyak beza nyer dengan gaji yang ako dapat sekarang nie, tapi ako rasa dalam banyak hal tak setanding ngan kebebasan yang ako dapat kat sini. lagi pon kat sini kerjer yang ditawarkan bukan nyer kontrak, tapi tetap. lebih baik kerjer tetap yang dapat gaji cukup makan daripada kerjer kontrak yang gaji nyer banyak. banyak jugak kelebihan yang ako dapat kat sini. mungkin ako akan pegi untuk interview, tapi untuk berkerjer kat situ hati ako 50/50. tengok la macam mana nanti.
-------------------
tetiba ako teringat satu peristiwa yang menjadikan ako gayat kat tempat tinggi. lawak jugak sebenar nyer. elok2 ako tak gayat terus tak berani nak panjat tinggi2. Citer nyer macam nie :~
citer nie masa ako kecik, berusia dalam 6-7 tahun. masa tu ako masih lagi dok ngan mak ngan abah kat keramat. dan umah ako berhadapan ngan taman permainan kanak2. zaman tu aper yang ader kat sana tu biasa la ngan aper yang ader sekarng nie. ader jongkang-jongkit, buaian dan gelongsor. tapi zaman nie tak der glongsor yang pusing2 macam cacing tu. zaman tu gelogsor nyer tinggi giler macam zirafah tunduk minum air. bayangkan la ako budak lagi tengok gelongsor yang tinggi macam tu.
kebiasaan petang2 ako akan pegi main kat taman permainan tu ngan kawan2 sebaya ako. dan salah satu permainan yang depa suka main ialah main kejar2. budak2. biasa la. masa tu tak der PlayStation lagi. kalau ader ako dok umah jer main game tu. sambung citer. biasa la budak2 main kejar2, mana tempat leh lari - sejauh tu la lari, mana tempat yang bole panjat - setinggi tu la panjat. so, kebetulan mungkin nasib ako baik, ako dikejar oleh kawan ako nie. tak tau macam mana ako rasa ako leh lepas kan diri kalau ako panjat gelongsor tu dan turun ke bawah dengan menggelongsor menggunakan tiang kaki gelongsor tu. tinggi nyer ader la dalam 6-7 kaki panjang nyer. tak reti takut masa tu.
ako ngan berani nyer panjat ke atas gelongsor tu dan cuber memeluk tiang kaki tu untuk turun. ntah nak dijadikan citer, sebab excited sangat nak larikan diri tangan ako terlepas dari memeluk tiang tu. aper lagi, ako pon terbang ler kebawah. aper yang ako ingat masa ako terawang2 tu ialah ako nampak langit tu makin lama makin jauh. sedar2 ako dah terduduk kat tanah. tak rasa sakit plak masa tu walau pon ako jatuh terduduk. mungkin nasib ako baik lagi sebab bukan kepala ako yang terantuk kat tanah. sejak tu la ako phobia kat tempat tinggi2 nie, walau pon dok kat dalam bangunan yang ader tingkat. seram sejuk jer tangan ngan kaki ako.
tu la citer nyer.
-------------------
Saturday, May 6, 2006
Borak2 Sabtu [Re-post#Saturday, May 06, 2006]
Hmm. Letih nyer la plak sebab ari ni kener kerjer. Kejer setengah hari plak tu, rasa macam tak berbaloi nak bangun pagi2 dan lepas kejer 4 jam kener balik dah. tapi aper nak buek, kerjer kener buat jugak kan?
Bangun lambat ari nie. Bukan nyer tak terjaga masa alarm bunyik cuma ngantuk sangat kebelakangan nie. Kerjer baru nie banyak makan tenaga walau pon kerjer nyer duduk kat meja jer sepanjang masa. Betol la orang cakap kalau guna otak banyak memang cepat letih. lagi letih dari pada buat kerjer2 berat. tu yang terfikir nak pegi berurut tu. Mungkin dengan berurut tu leh meluruskan balik urat2 yang bersimpul. nanti2 la kot, tak kemana tukan urut tu pun.
--------------------
Sekarang nie masih lagi dalam musim hujan kat Bkt Jalil ni. baru jer smalam ujan time petang balik. tau2 je la kalau ujan macam mana keadaan jalan raya kat kl nie. sesak giler. due hari lepas ako terperangkap betol2 selepas tol BESRAYA nak menuju ke Putrajaya. Ingat kan bleh la slamat kalau ikot highway, hampeh. lagi teruk dari jalan biasa jam nyer. ada la dekat2 1 jam lebih nak gerak dalam 1.5KM. terasa rugi bayar rm1.30 semata2 nak dok dalam sesak2 tu.
terfikir gak sampai biler keadaan kl nak jadi macam nie. tak tau aper yang nak dipersalahkan. takkan nak salah kan :-
- keter banyak?
yer la, sekarang nie orang gaji besar2, banyak duit nak beli keter sorang satu. memang satu keperluan pon keter tu sebab kalau tak der keter macam mana nak gerak pegi kejer, nak pegi jenjalan. kalau nak carpool pon rasa nyer macam tak munasabah jer sebab time pegi kerjer leh la nak menumpang tapi time balik tu tak tentu nak balik sharp lepas kerjer kan? kadang2 ada gak keperluan untuk balik lambat atau sebalik nyer. rasa macam tak praktikal je. so keter tu dah jadi satu mender yang musti ader pada seseorang tu tu.
Citer pasal keter banyak nie terfikir plak harga keter yang turun sekarang nie. tu pon menyumbang pada kesesakkan kat jalan. ye la. dah harga murah saper yang tak nak beli. lagi2 keter buatan tempatan, kalau bukan orang tempatan yang nak beli saper lagi yang nak beli kan? kalau tak beli nanti tak menyokong perkembangan industri negara plak kan. demi untuk MEMBANTU rakyat untuk membeli banyak lagi keter, ada promosi untuk menurunkan lagi roadtax. cantekk. makin sesak la nampak nyer.
- Infrastuktur yang tak terancang?
Tak tau nak cakap macam mana dah. ako sendiri pon kadang2 sesat sebab jalan yang sering bertukar2 daripada 2 hala kepada sehala atau sebalik yer. lepas tu pembangunan jalan yang berserabut. amik contoh jalan kat serdang pon dah cukup. tempat2 lain pon ako rasa sama gak keadaan nyer. nak repair jalan pon buat masa orang tengah sibuk2 nak pegi atau nak balik dari kerjer. dah tu mana la tak jam. tambah plak kalau time2 ujan macam sekarang nie. ader gak jalan yang elok2 4 lane terus masuk 1 lane, macam mana diorang rancang nak buat jalan pon ako tak tau. paling menyampah kalau lalu kat traffic light yang cepat sangat merah nyer. peham sekali ako lalu kat area kl, ader ke patut jalan yang selalu jam tu cuma di benarkan 3 keter jer lepas setiap kali lampu hijau? tak patut. tak patut. ishh. baik tak yah lampu isyarat kalau macam tu. buang karen je.
cukup la ako membebel ni. kalau lebih2 nanti kalau kerajaan tau ako kener tuduh buat propaganda plak. tambah plak sorang lagi kat ISA tu. hehe.
ok la. slamat bertengahari semua. slamet!
Monday, May 1, 2006
The return of the king [Re-post#Monday, May 01, 2006]
lama bercuti nampak nyer? hehe.macam tu la gamak nyer. banyak mender yang nak disettlekan.banyak mender yang hendak diselesaikan. banyak mender yang hendak diubahsuaikan. banyak berubahan sekarang ni. dari segi kehidupan, kerjaya dan tanggungjawap. saper kater senang nak idop? susah woo..
dari segi kerjaya, ako dah bertukar kerjaya ke bukit jalil. tak la sejauh mana pon pemindahan nyer pon. corak kerja juga ader sikit perubahan, tak la 100% sama seperti kerja ako yang lama dulu. banyak berfikir dari bercakap. hehe.dah 2 minggu ako menjadi perkerja kat sini. lokasi office tak la seteruk mana cuma untuk makan tu, ader la kepayahan sket. tak banyak pilihan yang ader. kedai makan ader la 2-3 tempat dan dalam 2-3 tempat tu ader la baper kerat kedai yang berniaga makan. nasib ako baik(?) sebab ako kener berkerja pada "ari buruh", dah la kedai makan sumer tutup. puasa la nampak nyer ako sampai ke petang nanti. sekarang nie pon dah nak masuk angin perut ako rasa nyer. tak per la, balik nanti ako baham semua mender makan yang ako nampak.
cuaca sekarang pon tak menentu nampak nyer. tapi kebiasaan nyer hujan tiap2 petang. dalam pukul 3 petang dah start mendung. tapi ok la jugak, dapat la ako menikmati nescafe panas kat kedai sebelum ako bertolak balik ke rumah. tak dpat dibayangkan nikmat nyer minum nescafe panas dalam kesejukan ujan tu. ishh. dah bunyik dah perut ako.
jarang nampak kawan2 ako sekarang nie. aper lagi kawan2 yang slalu online YM. ako dah tak leh access YM (Waaaa!!!). sedih wooo. rasa macam dok dalam gua plak, tak berborak ngan kawan2. ntah idop lagi ker tak diaorang tu. hehe. harap2 idop la lagi ek korang.
so, untuk menghilang kan busan dok cakap sorang2, ako slalu berulang alik ke puchong. lepak ngan kawan ako. lepak ngan kawan rapat ako. mungkin lebih dari rapat, tapi tak sampai di katergorikan sebagai intim lagi. hehe. yang best dok umah dia tu sebab kat umah dia ader para kayu mengadap kolam ikan yang dah sekian lama tak siap2. kalau tiba waktu malam ako slalu buat unggun api, al maklum la kat umah dia tu banyak ranting2, kayu-kayan2 yang tak digunakan. gian nak buat unggun api sebenar nyer, biasa la dah lama tak pegi camping kat dalam utan. tak dapat bakar kayu dalam utan, bakar kayu kat pekan pon ok la gak. kurang2 ngan ader nyer unggun tu tak la banyak sangat nyamuk kat umah kawan ako tu. kadang2 naik segan gak. bleh kater seminggu skali ako datang bertandang umah dia tu. tapi dia pon ako rasa busan gak sebab tak der orang nak datang borak ngan dia tu. saling perlu memerlukan gitu. uhuk! uhuk!
Thursday, January 19, 2006
Thursday, January 5, 2006
~ Ako bukan seorang ~ [Re-post#Thursday, January 05, 2006]

Untuk berkenalan secara langsung dengan penulis journal tersebut, di sini ako sertakan link ker blog beliau. terima kasih sekali lagi kerna memberi kebenaran pada ako untuk meng'link' ke blog beliau. : http://www.mypolycampus.net/mytinta
Wednesday, January 4, 2006
~ SMS 34244 - Part 5~ [Re-post]
- Awak! ramai gak orang bertanyer kat saya, kat saper saya tujukan msg ni. tak tau ler aper saya nak jawap. mungkin cuma awak nga saya jer yang tau kot. lagi pon malas la saya nak dedahkan identiti awak sebenar nyer. nanti takot jadi isu la plak. tak pon nanti orang cakap saya gila. hehe. tak per la awak. biar la awak tersembunyi kat dalam hati saya jer. kelakar jugak kalau pikir-pikir kan. ntah la.
- Awak! sebenar nyer saya berhajat sangat nak pegi gathering blog ari tu. tempat nyer tak ler jauh sangat pon dari sini, tapi macam saya nie tak diperkenankan untuk menghadiri gathering tu kot? mungkin la. nak jugak saya berjumper dan bersosial ngan orang-orang lain. bukan untuk aper pon, cuma untuk kenal nak berbual jer. dah lama saya tak berbual-bual dengan orang. dan yang penting skali saya nak tengok gelagat orang kat saner. mesti seronok tengok perangai-perangai orang kat saner. tapi aper kan daya saya kener pegi menghantar emak ke Kelana Jaya. tak. saya tak menyesal pon tak pegi. kalau di bandingkan dari segi priority lagi penting kuarga sendiri kan? Harap-harap saya dapat la join disuatu masa nanti. insyallah.
- Awak! Semalam saya bercuti. amik cuti sebenar nyer. tak ader aper-aper yang penting pon, cuma terasa malas jer nak datang kerjer. memang dah bangun pagi, tapi tu la kalau dah malas kan nak buat aper pon tak menjadi. lagi pon kalau paksa diri pegi kerjer pon belom tentu pikiran tu ader 100% kat kerjer. mesti merewang kemana-mana tu. daripada melanguk macam orang mabuk kat upis tu baik lepak kat umah dapat gak tido. kat umah semalam pon bukan nyer ader aper pon awak. cuma semalam saya masak bubur nasik. hehe. tak tau tetiba gian nak makan bubur plak. lepas tu masak sayur baby kailan ngan sos tiram, goreng ikan sepat masin. tu jer. simple jer kan. tapi ok ler. buat masa nie tak ader tanda-tanda kener food poisoning pon. alhamdulillah.
- Awak! tadi saya ader datang nak jumper awak. tapi tak tau la awak perasan saya ker tak. segan la awak. Jantung berdebar-debar time tu. macam la orang nak kener paksa kawin. hehe. kalau awak perasan ok la, kurang-kurang awak tau saya ader lagi perasaan nak jenguk awak. insyallah, kalau tak ader aral melintang atau menegak saya cuba la mengintai awak lagi. nak cuba berani kan diri berhadapan dengan awak.
- Ok la awak. banyak lagi saya nak citer ngan awak sebenar nyer, tapi blom tiba masa nyer saya nak citer kat awak kot. sebab saya masih lagi berasa teragak-agak untuk luahkan nyer. nanti ler bagi saya masa sikit sambil saya carik kesimpulan atas aper yang saya nak citer. saya tak nak jadi macam orang lain yang hanyer bercerita tanpa tau pucuk pangkal nyer. bikin orang penin baca jer nanti kan awak? Sampai jumper lagi awak. Assalamualaikum wbt. salam sayang dan rindu yang teramat dalam dari saya : Shahrul Nizam Mohd Ariff.
Tuesday, January 3, 2006
~ SMS 34244 - Part 4 ~ [Re-post#Tuesday, January 03, 2006]
- Nak ucapkan selamat tawoon baru kat awak. semoga awak dalam keadaan yang ok sentiasa.
- Awak! awak ok tak? saya ok la kot. tak ader aper yang luar biasa pon, cuma semua biasa-biasa jer.
- Awak! untuk pengetahuan awak, emak saya dah selamat [alhamdulillah] pergi dan sampai ke mekah. baru tadi dapat sms dari dia. Dia cakap dia dah selamat check-in dan tengah menunggu briefing aktiviti nak dilakukan.
- Awak! sini saya nak list kan aper2 yang berlaku dalam masa terdekat nie. Kalau awak tak nak tau pon tak per, saya nak listkan jugak...
31-12-2005
- Ari sabtu. Kener kerjer la plak. tapi tak per la sebab kire OT. dapat gak duit lebih kan? tu pon datang dlam kol 11 tengahari. dapat la jugak rehat-rehat sambil bermalas-malas atas katil. bukan selalu dapat peluang macam nie. jadi nak di pendek kan citer. sampai upis, berkerjer sepeti biasa sampai la petang. dalam pukul 6 gitu. balik dari upis singgah kerumah sekejap. mandi-manda sambil buat aper yang patut. kemudia keluar menghala ke Kuala Lumpur. dalam perjalanan tu ader plak roadblock JPJ. biasa la time-time malam perayaan nie diorang rajin berkerja. bagus. bagus. teruskan perjuangan korang. sebelom sampai ke pusat bandar Kuala Lumpur, singgah sebentar di Taman Desa. pekena roti canai garing dengan kari kambing. minum plak susu lembu panas. wuii! dalam kesejukan ujan renyai-renyai tu, memang la terasa nikmat nyer. lepas menjamu selera, teruskan perjalanan ke pusat bandar. tapi bila tengok jalan menuju kesana semua nya ada riak-riak untuk menimbulkan jam yang teruk, terus buat keputusan untuk menuju ker Damansara Uptown saja. ok la, perjalanan ke sana tak seteruk yang disangkakan. mungkin ramai orang yang tengah berselimut dalam ujan tu dan mungkin diaorang nak menyambut tawoon baru kat umah jer. biarkan la. asalkan diorang bahagia. sampai didestinasi, dah nampak MPPJ tengah beratur kat semua penjuru jalan. di semua kes sebab nak halang peniaga-peniaga kecil-kecilan dari pasang meja kat sana. tak la sebesar mana pon kes nya, tapi sampai masuk dalam surat kabar tu yang buat gempak sket area ni. tak nampak pon batang idong atas alas meja peniaga-peniaga tu. agak-agak diorang dah di inform awal-awal lagi kot? tak tau la.
01-01-2006
Lepak tengok mercoon kat Uptown. sambil-sambil tu membeli belah DVD. abis la dalam 20 inggit. Beli citer "Austin Powers, The Exocist dan citer Queen of the Damned". lepas tu lepak kat gerai makan. tak makan pon, cuma minum air nescafe jer. padahal tadi ati dah berkata-kata nak pekena kuew teow kerang kat sini, mungkin sebab masih kenyang lagi kot. tu yang ilang selera nak makan lagi. so, duduk sana lepak borak-borak ngan pakcik janggut panjang [pakcik niaga air]. ntah aper angin dia ari nie, nak plak dia layan ako borak-borak. sebelom nie setakat senyum-senyum kambing jer ngan ako. mungkin azam tawoon baru dia nak meramah mesrakan diri dia ngan pelanggan-pelanggan dia kot? anyway, terima kasik pakcik janggut panjang sebab sudi nak layan ako borak-borak. biasa la. kalau dah tokey borak baik ngan pelanggan, sure dapat diskaun nyer kan? heh. terima kasih lagi sekali kat pakcik janggut panjang sebab kasi ako diskaun. Moga-moga makin murah rezeki dan makin panjang janggut pakcik. dalam kol 2 pagi, balik ke umah dan layan DVD tadi. Ok la citer nyer. tak rugi beli. ni ader komen citer nyer kat bawah :-
a) Austin Powers :
- citer nyer kelakar la. tapi tak digalakkan budak-budak yang bawah umur untuk menonton sama. kalau untuk tontonan dewasa ok la. sebab lawak jenaka nyer jenis lawak jenaka. ader jugak adegan-adegan yang memberangsangkan. ish. ish. citer nyer pasal Agen Austin Powers yang glamour pada tawoon 60an dan dia mempunyai musuh yang ketat bernama Dr. Evil. so nak dijadikan citer Dr.Evil nie penah terlepas dari tangan Austin Powers dan berjaya membekukan diri nyer untuk 30 tawoon. So, Austin Powers pon dengan sukarela nyer membekukan diri nyer jugak hingga sampai masa Dr.Evil kembali. jadi aper bile sampai masa 30 tawoon tu, Dr.Evil kembali membuat onar kat dunia dengan memeras ugut untuk meletupkan dunia dengan menggunakan bom nuklear yang akan dimasukkan ke pusat bumi. Dalam keadaan yang huru hara itu Austin Powers pon dicair kan. so, macam-macam la yang terjadi apabila orang yang idop dalam tawoon 60an, berlegar-legar didunia tawoon 90an. nak tau selanjut nyer. beli sendiri DVD tu.
b) The Exocist :
- salam satu citer seram yang ako minati. walau pon dah lama citer nie, tapi mampu memahat wajah antu nyer dalam pala otak. tak tau ler korang. citer nie berkisar mengenai 3 manusia yang ditemukan dalam satu scenario. orang yang pertama seorang paderi Damien Karras yang kematian ibu nyer dan dia rasa bersalah kerana saat kematian ibu nyer itu dia tidak ader bersama-sama. disaat itu juga dia berasa kepercayaan dia kepada tuhan tidah lagi kukuh seperti dulu. yang kedua nyer sorang paderi tue yang juga seorang ahli kaji purba. beliau bernama Merrin [nama awal dia luper plak]. Sebelum ini beliau pernah menggunakaan kaedah 'Exocism' untuk melawan roh jahat dalam badan manusia dan didalam keadaan yang terdesak itu dia adalah satu-satu nyer paderi yang mampu menjalan kan aktiviti tersebut. walau bagaimana pon dia mempunyai penyakit dan tidak sekuat masa muda nyer dulu. dan yang terakhir seorang pelakon wanita Mcneil, dimana dia mempunyai seorang anak pempuan [Regan] yang dirasuk oleh roh jahat. Beliau seperti kebanyakkan warga-warga kristian yang hanya kristian pada nama dan tidak mempunyai pegangan yang teguh kepada tuhan. so, nak dipendek kan citer Mcneil telah diperkenalkan kepada paderi Damien melalui seorang kawan nyer. dan untuk menjalan kan proses menghalau roh jahat itu Damiel perlukan seorang paderi yang berkebolehan. dan disitu la watak paderi Merrin muncul. disebabkan roh jahat tu terlampau kuat sampai paderi Merrin yang sakit tu mati dibuat nyer. Kerna tiada jalan lain untuk menghalau rih jahat itu, paderi Damien merayu roh itu supaya meninggalkan tubuh Regan dan merasuk diri nyer. apabila roh itu telah memasiki tubuh nyer, dia pon melompat dari tingkap dan jatuh ke tangga setinggi umah 3 tingkat. Dia membunuh diri nyer. dengan membunuh diri nyer itu roh jahat tersebut pon tak la merasuk mana-mana manusia lagi. pegi beli dvd kalau nak tengok muka antu yang menarik.
c) Queen of the Damned :
- citer nie ako beli sebab ianyer adaptasi dari novel kegemaran ako dengan tajuk yang sama. citer nyer pasal vampire Lestat yang telah menghisap darah ibu segala vampire dan mempunyai kuasa untuk berjalan disiang hari. nak dijadikan citer, ibu segala vampire tu telah hidup kembali sebab Lestat telah membangunkan beliau dengan gesekan biola nyer. ibu vampire ini pon mengganas dan membunuh ramai manusia termasuk la vampire. kerna Lestat tlah termakan budi baik ibu vampire itu, jadi sia pon bersetuju untuk bersetongkol dengan rancangan ibu vampire tersebut. jadi ader la vampire-vampire yang menggembleng tenaga untuk melawan dan membunuh ibu vampire itu. nak tau aper jadik? pegi beli dvd.
02-02-2006
- Awak! lepas saya nengok dvd tu saya tido sampai la hampir tengahari. lepas tu siap-siap nak balik ke keramat, sebab nak antar emak ke Kelana Jaya. Dalam perjalanan ke sana pon dah ujan renyai-renyai. sampai sana tolong la kemas-kemas kan aper-aper barang yang patut dibawa. semak balik mana tau kan dalam sibuk-sibuk tu ader plak barang yang tercicir. lepas semayang asar, orang-orang dari surau datang bertandang dan ader la bacaan doa selama sikit. dalam kol 6 petang bertolak ker Kelana Jaya. Ujan turun sepanjang hari dan tak ader tanda-tanda nak reda pon. sampai kat sana ramai dah orang yang berpusu-pusu mengantar orang. makcik ngan pakcik yang jauh-jauh pon ader yang dah datang. dalam kol 8.30 malam, panggilan untuk check-in dah bergema. so ni la last check point untuk menghantar emak. dari sini cuma boleh perhatikan dari kejauhan emak masuk kedalam dengan beg besar nyer. semoga emak selamat pegi dan balik....
- Awak! panjang cerita nyer kan? tu la dah lama simpan citer nie. akhir nyer dapat gak luahkan untuk bacaan awak. harap awak terhibur la kot? terhibur? perkataan yang tak sesuai rasa nyer. tak per la, awak. harap-harap awak ok jer kat sana. Rindu, Sayang dari saya Shahrul Nizam Mohd Ariff.