Thursday, December 29, 2005

~ SMS 34244 - Part 3 ~ [Re-post#Thursday, December 29, 2005]

- Hai awak! aper kabar? semenjak due menjak nie saya sibuk sikit. banyak urusan, lagi pon saya tak beberapa sihat kebelakangan ini. Mata kener jangkitan kuman la, lepas tu badan rasa tak beberapa sihat. Demam panas. tapi alhamdulillah dah kurang sikit sekarang nie. cuma mata saya rasa macam berpasir sikit. insyallah nanti-nanti baik la tu.

- awak! dua minggu lepas saya pergi kenduri di ampang. kenduri doa selamat untuk emak yang akan memunaikan haji ke mekah. tak disangka-sangka dalam gerimis ujan tu ramai pulak orang-orang yang datang bertandang. ramai jugak makcik dan pakcik yang hadir. jarang-jrang nak dapat peluang untuk bersua muka dengan diorang nie. kadang-kadang dimasa hari raya pon belom tentu dapat buejumper. takder la aper-aper yang menarik berlaku kat sana pon, cuma ader marhaban, tahlil dan makan-makan je. juadah yang ader pon semua nyer simple-simple ajer macam soto, kuih muih, mee hoon goreng, nasik himpit, rendang dan lain-lain lagi. simple je kan?
- awak! hujung minggu lepas plak saya sibuk dengan kenduri kat umah emak. Motif nyer pon sama gak, untuk buat doa selamat sambil menjamu orang makan. Kenduri kat umah sendiri nie susah sket sebab kener mengemas sendiri umah dari sebelum kenduri sampai la semua nyer beres. yang menambah kan kepenatan tu biler kener mencuci pinggan mangkuk dan periuk belanga. rasa macam nak patah jer tulang belakang terbongkok mengangkat barang-barang tu. awak tau, hampir kol satu pagi baru la settle semua pinggan mangkuk tu terbasuh, kecut jari jemari dibuat nyer. makanan yang disediakan kat sini lain plak. memang di target untuk masak makan untuk makan malam. yang ader sambal udang, ikan kering goreng, gulai lemak ikan parang, sayur dan ulam-ulaman, bole la tahan.
- awak! aper nak citer lagi ek? hmm.....
- Hm.. awak! penah tak awak tau semacam mana perasaan yang saya alami sekarang ini. Perasaan sayang yang awak sanggup lakukan sesuatu untuk sesorang itu, tanpa dia sedar yang awak membantu dia. Dan awak tidak mahu tindakan awak itu diketahui oleh orang lain terutama nya seseorang itu. kerana, rasa tindakan atau perbuatan awak itu terlalu kecil untuk tunjukan. kerana, awak rasa itu adalah tanggungjawap awak untuk melindungi atau membantu seseorang itu. saya selalu berperasaan begitu... tapi yang mengguris hati saya adalah pabila mereka [yang melihat dengan mata kasar] berkata bahawasanya saya tidak membantu dalam sesuatu hal pon. perlukan setiap perbuatan atau tindakan diperjelaskan pada orang lain? bagi saya ianya tidak perlu kerna saya lakukan nyer secara ikhlas. saya tidak meminta dipuji atau dibalas budi. Asalkan saya tahu yang saya telah dapat membantu seseorang itu, sudah cukup rasa puas hati saya....
- awak! Terdetik didalam ati saya untuk menceritakan apa bantuan atau tindakan yang saya pernah lakukan untuk seseorang itu. ini semua gara-gara kata-kata mereka yang hanya menghakimi saya dari pandangan mata kasar semata-mata. mereka tidak tahu dan paham aper yang mereka kata dan lakukan. tapi saya tak mampu untuk melatah dan membongkar perkara-perkara itu. itu bukan saya! saya rasa malu sesangat sekira nyer orang tau saya pernah membantu. saya tak mahu orang lain rasa terhutang budi. bukan itu yang saya mahu kan. saya mahu perasaan ikhlas itu wujud setiap kali saya menolong atau membantu orang lain. dan sebab perasaan sayang saya terhadap seseorang itu. awak! saya rasa saya macam tak siuman dah, ye ke awak?
- awak! saya tau perbuatan baik akan dibalas baik. kalau saya kata saya berharap kebaikan dari orang lain, tidak juga. cuma saya tidak mahu atau tak nak bergantung harap dengan orang lain. cukup sekadar orang melayan saya macam manusia biasa. tak lebih, tak kurang.
- awak! panjang plak citer saya ari nie kan? ye la. dah lama tak hantar message kat awak, mesti la banyak cerita nyer kan? ok la awak. saya nak beransur dulu. harap-harap awak pon sama-sama doakan emak selamat pergi pergi dan balik dari mekah. isu samada diterima atau tak itu terpulang la... harap awak baca message saya ini. rindu awak! Shahrul Nizam Mohd Ariff

Thursday, December 15, 2005

~ SMS 34244 - Part 2 ~ [Re-post#Thursday, December 15, 2005]

- Akum Awak!

- Saya masih tertunggu-tunggu balasan dari Awak tapi nampak nyer tak ada apa-apa pon Saya terima. takper la. Saya tau Awak dah baca aper yang Saya tulis hari tu. itu pon dah cukup baik bagi Saya.
- Awak! maaf la. Saya rasa nak luahkan perasaan tak puas ati Saya ari ni. hmm. Saya rasa macam Saya nie tak wujud kat ati orang lain. mungkin wujud dimata diorang, tapi hanya sekadar dimata saje. Saya rasa macam orang anggap Saya nie tak berperasaan. tak ader sekelumit pon perasaan. perasaan sayang, perasaan marah, perasaan sedih, perasaan amik berat atau prihatin dan lain-lain perasaan yang normal nyer dimiliki oleh seorang manusia biasa. Saya rasa terkilan jugak. ada sedikit rasa tertipu. rasa di perdaya.
- Awak! Saya rasa perasaan prihatin yang Saya curahkan tak dihargai langsung. sebalik nyer janji-janji yang yang diberikan pada Saya hanya lah salutan gula untuk menjaga hati semata-mata. bukan sekali. bukan pertama kali perkara ini berlaku. acap kali nyer, segala janji-janji yang pernah diucapkan, yang pernah pegang dengan mudah nya dicemari. apa lagi yang Saya mampu laku kan? perbuatan itu menguji kesabaran Saya, Awak. Saya bukan seorang yang pemarah tanpa sebab. Saya tak suka untuk memarahi sesiapa sekali pon. tapi perkara-perkara demikian membuat Saya sukar untuk mengawal diri Saya.
- Awak! banyak Saya memberi dari menerima. bukan Saya ingin membangga diri atau mengungkit apa yang Saya dah laku kan. tidak pernah terlintas kat minda Saya. cuma tiada orang yang boleh melihat, memahami apa yang telah lakukan. Saya cuba bertolak ansur dalam pelbagai segi. Saya cuba terima kesilapan orang lain dan Saya cuba yakin kan diri Saya sendiri yang mereka itu akan dapat berubah. sekira nya diberi masa, nasihat dan tunjuk ajar. memang Saya cuba maafkan kesilapan mereka itu tiap-tiap kali mereka melukan kan hati Saya. Saya memamah sakit hati Saya sendiri. tapi sebanyak mana Saya cuba maafkan, dan sebanyak itu juga perasaan Saya diguris semula. apa kesilapan, apa kesalahan Saya lakukan sehingga Saya terima semua ini?
- Awak tau kan Saya tidak menggalakan keganasan. sebab Saya yakin setiap manusia itu boleh dididik dengan cara yang baik.. tapi prinsip Saya tu semacam dicabar.. seolah2 muka yang Saya suakan diludah begitu saja. manusia jenis apa yang mempunyai perasaan macam itu? tak pernah Saya terfikir.
- Awak! mungkin ada juga manusia yang harus diajar dengan mengunakan pendekatan yang lebih agresif. itu belom Saya terfikir untuk lakukan.. tapi masa saja yang dapat menjawap persoalan tersebut.
- Ok la Awak! mungkin Awak dah buhsan baca message Saya malam ni. maaf yer Awak! bagaimana pon terima kasih sebab ada dengan Saya disaat-saat ini.. terima kasih..
- Sampai jumper lagi Awak! Sayang dari Saya.. Shahrul Nizam... bubye!

Wednesday, December 14, 2005

~ SMS 34244 ~ [Re-post#Wednesday, December 14, 2005]

- Hai awak!

- Maaf. lama tak contact awak. awak pon paham saya sibuk. Hm. saya tau alasan tu takkan awak terima, tapi tu la kenyataan nyer. banyak sangat tugasan yang saya ada. awak pon tau kan?
- Ok la. saya pon kadang-kadang tak beberapa sihat kebelakangan nie. biasa la, macam manusia yang lain jugak. itu pon tak diterima jugak ker? hmm..
- Ok la. yang sebenar nyer saya tak tau nak cakap aper kat awak. hm. dah lama saya tak berbual ngan awak, tak tau ujung pangkal nak diceritakan. dah lama tak contact awak buat saya rasa segan nak berhubung dengan awak semula. ye la. nanti aper plak yang awak fikir kan tujuan saya mencarik awak balik. harap awak paham dan percaya aper yang saya cakap kan nie. awak sendiri pon tau saya macam mana dari dulu lagi kan?
- Ada kala nyer saya terpanggil untuk menghubungi awak tapi.. hmm.. tak tau la.. malas mungkin?.. segan mungkin?.. macam-macam kemungkinan dalam fikiran saya.
- awak jangan marah ok? awak jangan amik hati pulak... susah saya nanti..
- awak! saya buntu sebenar nyer... saya pernah sangsi ngan aper yang apa yang berlaku dalam idop nie. ada masa saya rasa itu semua satu kelebihan dan didalam suatu masa plak saya rasa macam ianyer satu beban bagi saya. rasa macam tak tertanggung apa yang saya genggam selama nie. macam mana nak buat ek? saya tau awak ada jawapan nyer. saya sangat sangat sangat berbesar hati kalau awak boleh terangkan dekat saya erti semua ini.
- awak! saya pernah berjanji tak ingin jadi macam diri saya sekarang nie. betol saya tak ingin, tapi ader kelemahan saya sendiri. awak tau kan? tak tau la kalau ada jalan lain tak untuk saya tak rasa tertekan macam aper yang saya rasa sekarang nie. saya luah kan ini semua sebab saya tau awak dapat bantu dalam hal ni.. kat sapa lagi saya nak kuahkan kalau bukan kat awak? kan?
- awak! saya tau dan awak tau yang saya ada ramai lagi kawan-kawan yang saya bole luahkan perasaan-perasaan saya, tapi bukan semua perkara saya bole ceritakan. luahkan. dengan awak saya bole luahkan apa saja. apa-apa cerita, apa-apa rahsia, apa-apa tekanan yang saya alami. sebab saya tau awak lebih paham saya dalam hal-hal demikian....
- awak! saya tau awak membaca apa yang saya tulis nie. dan saya nak awak tau yang saya tak tau dengan cara apa lagi saya nak suarakan perasaan saya ini kepada awak. saya juga nak mintak maaf sekiranya saya dah lama tak menghubungi awak kebelakangan nie. harap awak paham dan memaafkan saya, ok? juga maaf sekira nya saya mengganggu awak dengan masalah saya ini. sebanyak-banyak maaf... tak kesah la jika tak reply apa yang saya tulis nie. Kurang-kurang saya tau awak membaca nya...
- Akhirkata.. saya akan cuba menghubungi awak sekerap yang mungkin ok? Salam sayang dan rindu dari saya. Shahrul Nizam.. bye awak!.

Monday, December 12, 2005

~ Pesona ~ [12/12/2005 23:30]

Dijalan ini ako mencari-cari satu titik tumpu yang pasti.
Dijalan itu sudah ku jelajahi
Segenap liku-liku, lembah-lembah, hutan belukar, danau paya dan dikemuncak tertinggi jajahan itu.
Yang ku temui tompok-tompok samar yang memukau
Dengan hamparan warna-warna yang mengasyikkan
Dengan suntikan aroma-aroma yang menggiurkan
Dengan bentuk berbalam-balam
Mengundang tangan menjamah
Hidung menghidu
Mata memandang
Lantas! Pantas! menyusuk menyelinap ke sudut jiwa dan hati tanpa sedar
Dalam kerelaan diri, yang pegun termanggu tiada rela

Mampu ako
Memecah tembok memintas ke jalan lain
Mampu ako
Mengharungi denai-denai baru demi impian ku
Tapi akan kah ku temui titik temu dijalan ini?
Atau
Ianya seperti jalan-jalan lain yang penuh dengan PESONA?

Thursday, December 8, 2005

~Panas tak sampai ke petang~ [Re-post#Thursday, December 08, 2005]

Sedih..
Tu jer yang bole
ako describe aper yang ako rasa sekarang nie.

Apasal?
Sebab ada segelintir orang yang tak dapat membezakan aper yang penting dalam hubungan sesama manusia. Mana yang lebih penting dari hubungan seorang kawan dengan hubungan dengan famili sendiri.

Persoalan :-
1. Haruskan priority lebih diberatkan kepada kawan2 sedangkan hubungan kepada famili sendiri tak diambil kira?
2. Haruskan kesempatan yang ada untuk dihabiskan bersama dengan famili disamatarafkan dengan masa yang harus digunakan untuk menghiburkan kawan2?
3. Definasi "Hari Keluarga" sebaik2nya diterjemahkan sebagai hari untuk bersama keluarga. Menggunakan kesempatan yang ada bersama2 dengan famili, mengakrabkan lagi ikatan kefamilian dan kekeluargaan dengan menghabiskan masa bersama2 anggota famili yang ada. Bukan definasi "Hari Keluarga" tu diterjemahkan sebagai hari beramah mesra ngan kawan2 dangan meminggirkan famili sendiri.

To be continue.....

Wednesday, December 7, 2005

~Wednesday Blues~ Part 1 [Re-post#Wednesday, December 07, 2005]

[Cinta Sebening Embun]

Lagu : Ebiet G. Ade
Lirik : Ebiet G. Ade


Pernahkah kau coba menerka
Apa yang tersembunyi di sudut hati?
Derita di mata
Derita dalam jiwa
Kenapa tak engkau pedulikan??

Sepasang kepodang terbang melambung
Menukik bawah seberkas pelangi
Gelora cinta
Gelora dalam dada
Kenapa tak pernah engkau hiraukan??

Selama musim belum bergulir
Masih ada waktu
Saling membuka diri
Sejauh batas pengertian
Pintu pun tersibak
Cinta mengalir sebening embun
Kasih pun
Mulai deras mengalir
Cemerlang sebening embun...

Pernahkah kau coba membaca
Sorot mata dalam menyimpan rindu?
Sejuta impian
Sejuta harapan
Kenapa mesti kau abaikan??

Friday, November 25, 2005

~Kepahaman atau pon tak paham~ [Re-post#Friday, November 25, 2005]

Selamat pagi dan selamat sejahtera...


harap2 ako dapat la abis menulis entry ni. dah berhari mengadap entry yang kosong tanpa idea nak tulis aper2. kebenara nya bukan tak ader aper2 idea, cuma terlampau banyak sangat cite sampai tak tau mana satu yang nak ditulis kat sini. anyway, bukan semua cerita boleh diceritakan, betol tak? kiter kener jugak jaga perasaan orang sebelom tulis aper2. mana la tau bole mengguris perasaan saper2 yang baca. maklum la entry nie terbuka untuk saper2 baca dan pahamkan isi kandungan. internet la kater kan....

Semenjak lepas puasa nie ako rasa seronok berkerjer. susah nak gambar kan macam mana perasaan tu. perasaan rajin, senang konsentrate, awal ke office dll. macam ader tarikan plak. takkan la bos ako kener kan ako guna2 tu sebab ako asik sonok nak datang upis jer. tak tau la plak kan? hm.. orang kater time bulan posa tu bole buat orang berubah. tak kesah la berubah dari yang baik ke lebih baik atau sebalik nyer. harap2 perubahan yang ako alami lebih berat kepada kebaikan.

------------------------------------------------

pada suatu ari, ako ader tebaca dalam satu entry didalam suatu blog yang kemungkinan besar nyer ditujukan kepada ako. ako tak la heran sangat sebab ako yakin si "dia" yang disebut2 dalam entry tu adalah ako. ako baca aper yang ditulis tu terasa la jugak. sikit sedih sebab panulis tu anggap ako macam tu skali. pedih woo! tajam kata2 dia tu. mungkin dia tengah marah atau hangin ngan ako time tu. manusia - biasa la ader perasaan marah kan. dan ako sebagai manusia harus paham yang dia tengah marah dan ako tak seharus nyer marah dia balik.

"cannot fight fire with fire maaa!!".

terkilan sebab dia citer macam tu kata dalam entry dia. agak nyer ako nie jadi bahan lawak penulis tu kot? dah la muka ako macam badut, lepas tu orang buat lawak pasal ako plak. sadis sungguh.

untuk sekian kali nyer ako nak cakap yang ako tak marah atas aper yang dia buat. ako tak marah. cumer ako cuber nak paham naper dia bertindak macam tu. sebab ako tak pernah nak bagi tau saper2 sajer pasal aper yang dia tulis dalam entry dia, itu personal dia. saper ako nak bagi tau aper yang dia buat, aper yang dia cakap, aper aktiviti dia kat orang lain? ako tak macam tu. dan ako harap orang lain secara am nyer dan penulis tu khusus nyer tak buat macam tu. tapi... perkara dah berlaku dan dah jadi sejarah kan. tak leh la nak buek apo.

dan hari nia ako dapat reply secara email dari penulis tersebut menerangkan sebab aper dia buat macam tu. bukan ako tak terima penjelasan beliau. cumer terfikir, kenapa time dia marah dia leh war-warkan dalam entry dia pasal ako. seolah2 ako cerita ako nie seharus nyer tersebar satu dunia internet nie. dan tiba masa dia nak memperjelaskan perbuatan/tindakan beliau, dia hanya sekadar antar email saja. naper tak dia perjelaskan dalam entry beliau? nak ajer ako copy paste aper yang dia antar kat ako kat dalam entry nie. tapi itu bukan ako. ako tak nak dimalukan dan ako tak nak memalukan orang lain. ako tak paham. ako tak der kepahaman dalam hal nie. mungkin ako serba tak paham dalam semua hal.

Bagaimana pon, intisari citer nie. ako tak marah kat ko ok? ako maafkan sebagai sorang kawan. dan sebagai seorang manusia yang tak perfect. yang tu ako cukup paham.

sekian / tammat

PS : kiter minum duluuuu!

Wednesday, November 23, 2005

~Jawatan Kosong ~ [Re-post#Wednesday, November 23, 2005]

Jawatan : pembantu tadbir (Perkeranian / Operasi) [Kontrak]
Kualifikasi : SPM minimum
Gaji : RM600 ++Elaun :-
Khidmat awam : RM80
Perumahan : RM180
Sara diri : 150

Alamat : Pejabat Am Bahagian Teknologi Maklumat UPM

Alamat Surat Menyurat :
Ketua Bahagian
Bahagian Teknologi Maklumat
Universiti Putra Malaysai
43400 UPM, Serdang

Talipon : 894967001 [En.Hussain]

Friday, November 18, 2005

~At this point~ [Re-post#Friday, November 18, 2005]

~Syahdu la plak pepagi nie~


At This Point In My Life
Artist: Tracy Chapman

Done so many things wrong...
I don't know if I can do right..
Oh I... Oh I've...
Done so many things wrong...
I don't know if I can do right...

At this point in my life...
I've done so many things wrong, I don't know if I can do right...
If you put your trust in me...
I hope I won't let you down...
If you give me a chance, I'll try...

You see it's been a hard road, the road I'm traveling on...
And if I take your hand, I might lead you down the path to ruin...
I've had a hard life...
I'm just saying it so you'll understand...
That right now, right now, I'm doing the best I can...
At this point in my life...

At this point in my life...
Although I've mostly walked in the shadows...
I'm still searching for the light...
Won't you put your faith in me, We both know that's what matters...
If you give me a chance, I'll try...

You see, I've been climbing stairs but mostly stumbling down...
You see, I've been reaching high but always losing ground...
You see, I've conquered hills but I still have mountains to climb...
And right now, right now I'm doing the best I can...
At this point in my life...


Before we take a step...
Before we walk down that path...
Before I make any promises...
Before you have regrets...
Before we talk commitment...
Let me tell you of my past...
All I've seen and all I've done, The things I'd like to forget...
At this point in my life...

At this point in my life...
I'd like to live as if only love mattered, As if redemption was in sight...
As if the search to live honestly...
Is all that anyone needs, No matter if you find it...

You see when I've touched the sky, The earth's gravity has pulled me down...
But now I've reconciled that in this world, Birds and angels get the wings to fly...
If you can believe in this heart of mine, If you can give it a try...
Then I'll reach inside and find and give you, All the sweetness that I have...
At this point in my life...
At this point in my life.....

Wednesday, November 16, 2005

~ Bloody Tuesday ~ [Re-post#Wednesday, November 16, 2005]

Ehem..

Ehemm..

Lirik lagi. dedicate kan sorang kawan ako yang ako HORMATI sangat.

~~~~~

Pembakar Perasaan
Lagu : -
Lirik : -

Berhentilah...
Kataku berhenti...
Terlalu sakit menyucuk hati...
Berhentilah...
Oh terlalu membakar perasaanku...

Tak dapatkah kau mengenaliku...
Apa yang ku suka dan ku benci...
Tak dapatkah...
Oh mempelajari mahuku...

Sebagaimanaku...
Mempelajari mahumu...
Seharusnya kau jua begitu...

Mengertilah oh sayang...
Apa yang ku maksudkan...

Jangan kau memuja ribut dan taufan...
Jangan kau memuja gelombang perasaan...
Kerana bisa terpisah dari kebahagiaan...
Dan akan membakar diri...

Anggaplah ini satu didikan...
Tanda sayang ku kepadamu...
Dan bukanlah satu tanda kebencian...
Oh sayang...

~~~~~~~~~

Live full of surprises.. really? :-
its true for me. always bumped into surprises at every corner. unprepared and unexpected. The best things that when it come from somebody that u put soo much trust and treat like nuthing else in the world.

Human feeling - Jealousy:-
Jealousy is an emotion
experienced by one who perceives that another person is giving something that s/he wants (typically attention, love, or affection) to a third party. - From Wikipedia, the free encyclopedia.

its hard to understand human(s) nature. Even how long u known them, u still dont understand much. i hav a story of my own experience of above mentioned case. a very hard one. hard case. but its not nice to expose the identity in here. who know who might watching right? if the person do read this, just to informed that i dont expected that u could do that to me. i trusted u with my life and my secrets. actually that informations only for you and u alone. no need to informed anybody who dont know abt it. no need at all, not for any logical reasons.

i not angry with u, really i dont. just i kept wondering which part of u that i dont really understand. the reason for u to perform that actions.... i forgive u.

and please forgive me...

Tuesday, November 15, 2005

Feelin.. Blue... [Re-post#Tuesday, November 15, 2005]

MENTARI MERAH DI UFUK TIMUR

Lirink & Lagu : M.Nasir
Dendangan : Search

Ada yang tertinggal setelah terbenam mentari...
Ada yang tertinggal setelah kering air di kali..

Alam telah meyakinkan..
Kau mesti pergi..
Kau mesti..

Alam telah meyakinkan..
Kau mesti kembali..
Bagai yang telah dijanjikan Ilahi..
Ada yang tertinggal setelah musnah semua mimpi..

Kekal selamanya cintaku dengan cahayamu..
kekal selamanya tetap dalam ingatanku..
Lemas dalam rindu tenggelam dalam tangisan..
Engkau telah pergi..
Tapi masih ada..
Yang kau tinggalkan dalam..
Kalbuku.....

Yang tinggal..
Yang tinggal...
Yang tinggal....
Yang tinggal.....

Aku...................

Wednesday, November 9, 2005

Demam Raya [Re-post#Wednesday, November 09, 2005]

Selamat ari raya semua. Mintak maap zahir batin kalau ada yang terasa atas aper yang ako tulis kat sini.


So apa macam ari raya korang semua?
Raya ako macam biasa. Sedih. Sebab ako dapat cuti sehari jer. jeles gak tengok korang beraya sampai terlebih-lebih hari [pinjam kata2 kawan ako]. tu la pasal kalau berkerjer bukan ikot kalender malaysia. nama jer orang malaysia tapi cuti tak macam orang malaysia. waaaaa!!

Cuti sehari.. mana la cukup masa nak berjalan-jalan beraya sakan.

Suatu hari dihari raya :-
- Bersemayang raya di beranang. hujan sejak semalam lagi. nasib baik ada orang buat sup daging untuk makan pagi. bole la memanaskan badan dalam kedinginan pagi. ramai orang, sesak nak semayang sampai berebut2. mungkin berebut2 tak nak semayang dalam ujun kot? hehe
- Lepas semayang beraya ke umah sedara mara, pokcik mokcik, sepupu sepapat dll. tak berani nak makan banyak2, sebab tau lepas dah ader kes sakit perut sebab makan campur2. Makanan yang disediakan pon macam biasa la time ari raya. Ketupat beras, Ketupat pulut, Lomang, berbagai jenis rendang, kuih muih dan tak ketinggalan sup daging. [pelik taun nie ramai sangat orang buat sup time raya. rega daging murah sangat ko taun nie?]
- Tengahari pegi beraya ke Lembah Keramat. Beraya besama famili. [makan lagi].
- Hampir menjelang petang pergi beraya ke Kg. Baru. bersama memeriahkan suasana hari raya kat umah nenda tercinta. seperti biasa umah penuh ngan balance sepupu2, mokcik2, pokcik2, anak2 buah dah lain2. riuh macam rombongan nak pegi meminang. naik pening pala plak nengok kaler2 baju raya yang macam kaler pelangi. dan.. makan lagi. Huih! memang nasib baik ada makanan alternative selain dari makanan raya. ada laksa penang. amik ko.. 2 pinggan ako sebat. perut ako dah tak leh nak terima lomang, ketupat ngan rendang lagi dah. naik muak dah. Mokcik ako plak bikin "oreo cheese cake", aduhai. separuh kek ako selamat kan. hehe. dok saner sampai malam. lepas satu, satu rombongan 'pelawat2' datang melawat. nasib baik la ako ni tak tergolong dalam golongan kanak2. kalau kecik lagi musti kaya sakan ako dapat duik raya. Tapi sebalik nyer ako terpaksa memberi duik raya plak. tak per la. raya kan sekali.
- Malam ako balik ke umah dengan keadaan letih, penat, lesu, kenyang [semesti nyer]. ngan baju melayu masih tak sempat nak dibukak, tido macam orang baru lepas kener ganja. ZZzzzz..

Monday, October 3, 2005

Ramadan - Proses pencucian jiwa. [Re-post#Monday, October 03, 2005]

Assalamualaikum wbt...


nampak nyer tak lama lagi bolan ramadan dah nak datang. ari ni sepatut nyer dah kuar result biler time mula posa. dan kebanyakkan orang dah kalkulat yang posa jatuh pada ari rabu nie. pejam celik, pejam celik dah posa balik dah. rasa macam pobia jer nak muler posa nie. ntah la, mungkin dah kerap sangat makan dan dah kerap sangat minum sampai dengar time nak posa macam nak kener hukum kusi letrik plak. ada plak yang makan sedaya yang bulih kunun nyer nanti bolan posa tak dapat makan dah. bole la plak macam tu?!

Ok la. Korang mungkin penah baca artikel yang ako letak kat bawah ni. tapi tak per la, lagi banyak baca mender yang sama lagi masuk otak kan? senang nak ingat.

HIKMAT-HIKMAT PUASA
Puasa mempunyai hikmat-hikmat dan faedah-faedah yang banyak, antaranya:
- Menandakan kesyukuran kepada Allah kerana nikmat-nikmat yang banyak kepada hamba-hambanya.
- Melatih jiwa supaya mempunyai rasa belas kasihan terhadap orang-orang yang susah dan menderita.
- Melatih jiwa supaya bersih daripada sifat-sifat tamak, sombong dan hasad dengki.
- Melatih diri supaya bersifat sabar dan tabah menempuh ujian-ujian dalam perjuangan hidup.
- Menanamkan semangat perpaduan kerana sama-sama menunaikan kewajipan yang sama itu dapat menimbulkan perpaduan.
- Menanamkan semangat sama rata dan menjauhkan sifat membeza-bezakan di antara kaya miskin, hina mulia, raja dan rakyat kerana sama-sama menjunjung peritah Allah.
- Melatih diri supaya mempunyai peraturan-peaturan dan menghargai masa kerana puasa mempunyai batas-batas waktu yang tertentu.
- Membersihkan anggota-anggota di dalam tubuh badan dari daki-daki dan lemak-lemak makanan yang bekerja sepanjang tahun.
- Memberi kerehatan kepada alat-alat di dalam tubuh badan - terutamanya alat pengisar makanan yang bekerja sepanjang tahun.
- Memberi peluang untuk memperbanyakkan amal ibadah kerana Bulan Ramadhan mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada bulan-bulan lain seperti Lailatul-Qadar dan Sembahyang Tarawih.

banyakkan? kalau dikire peratusan, banyak kebaikan untuk mencuci kan jiwa yang dah malap, kabut sepanjang taun. macam ako la. rasa berat la amat sesangat nak berposa nie. ingat nak amik mc jer, kalu boleh.

tapi diceruk2 ati ako nie ade rasa nak berubah. saper yang tak nak berubah pada yang lebih baik kan???...

Wednesday, August 3, 2005

Tak kena tempat la plak! [Re-post#Wednesday, August 03, 2005]

Ari nie nie ako memang angin. hangin sangat. hei!


letih la ako melayan pompuan. tau la nak manja, tapi agak2 la sikit. tengok la keadaan semasa sket, ni tak. tak paham ke ako tengah keje, tak sampai 15minit sekali tepon, tak sampai 15min lepas tu tepon lagi. bukan nyer penting sangat pon. "saje" jawapan yang biasa ako dengar. tak sakit ati ke?

ako keje dalam kawasan yang ramai dengan orang. bos pon ader dekat. aper la diorang ingat ako nie nanti. "kaki gayut" kat tepon? biler ako suara kan suara ati ako, merajuk plak. rasa macam nak tampar2 jer. tak nampak aper yang sebab kan ako jadi macam tu gak nyer. tak nak berpikir sebab aper ako hangin. ako tak la segila maner nak hangin ngan orang tak tentu pasal. kalau dah pompuan tu.... tak tau la macam mana nak cakap dah!

----

Ni lagi satu. mintak ako tolong kasi nasihat [konon nyer la]. ader masalah ngan boifren [konon nyer la]. penat ler ako pecah kepala nak carik jalan penyelesaian, naik kering tekak ako bagi nasihat/jalan nak settle kan masalah dia tu. hangguk kepala macam ayam patut padi.

tapi... ader dia ikot aper yang ako nasihat kan? maaf la, ibarat masuk telinga kiri kuar telinga kanan. lepas tu kater yang nasihat ako tak seswai plak. kalau dia dah cuba buat macam mana yang ako nasihatkan tu tapi tak menjadi tak per jugak, atleast dah cuber. ini tak, belom buat aper2 lagi dah nak kritik yang jalan yang ako nasihat kan tu tak mujarab. hai! kalau dah pompuan tu... tak tau ler nak cakap macam mana.

----

Ni satu lagi. macam la tak kenal ako macam mana. dah berkawan lebih dari pada tu. tapi tak paham2 lagi ako macam mana. tak paham2 lagi ako perangai macam mana.

ako tau dia sakit, takkan la ako berjenaka pon tak leh? bukan nyer ako kutuk dia giler babi atau memalu kan dia kat depan orang ramai pon. saper kater ako tak simpati dia sakit? ako tepon dia pon sebab ako kesian dia sakit dan mungkin dia nak seseorang untuk berborak time2 sakit2 tu. alih2 ako lak yang kener. ako plak jadi mangsa keadaan. konon nyer ako yang tak pandai jaga ati dia, tak simpati yang dia sakit. kalau dipikir2 kan ako buat lawak pon untuk dia gak, takkan la ako nak cerita mender yang serius time dia sakit2 tu. kurang2 dia perlukan hiburan. hmm. tatau ler aper nak cakap lagi dah... kalau dah pompuan.

---

ok dah. harap2 lepas nie ako ok balik. bole buat kerjer ako balik dengan tenang.

ps : Eminem - I don't give a F**K!

Tuesday, July 19, 2005

Awal pagi - terawal [Re-post#Tuesday, July 19, 2005]



Assalamualaikum wbt.


Dan selamat sejahtera kepada kamu!

Ari nie ako terawal pg kerjer la plak. budget jalan jam tapi alih2 clear plak. terkonpius gak ako. ingat kan ari ni ari keramaian atau cuti am. ntah2 ramai yang terbabas bangun pagi ari nie kot? ntah ler labu. asalkan bahagia dah la.

Ari nie ako attach gambau 'untitle', sebab ako tatau nak letak tajuk aper. nie pon sebahagian dari hobi ako gak - melukis. ako bukan nyer buat potret atau pon lukisan yang dasyat2, cumer ako buat untuk kepuasam ati ako jer. kebanyakkan nyer motif corak2 geometri.

Sebenau nyer 'kaler' dia bukan macam nie. 'kaler' outline dia itam, 'kaler' fill-in dia merah, silver metalic dan gold metallic. gambau nie jadi macam nie sebab ako amik gambau pakai 'effect' sephia. tu yang naik 'kaler' metallic tu.

Ako leh abiskan masa satu ari suntuk nak abis kan 'coretan2' ako nie. ader gak orang komplen kalau ako sehari suntuk melekat kat atas katil, bis tu nak buat macam mana. dah itu minat ako lagi pon bukan selalu datang idea nak buat conteng2 nie. ako selesa buat mender nie sambil baring2, tak la sakit belakang ako nak duduk tegak jer. satu lagi keperluan ako kalau nak buat mender nie ye la kener ader lagu. tak kesah la aper2 lagu pon, TAPI jangan la lagu2 jiwang karat yang tangkap 'leleh', tangkap 'nangis', tangkap 'lentok' dan aper2 jenis 'tangkapan' lagi [lagu melayu la yang selalu nyer]. lagu leh buat pikiran ako melayang - kire high la macam tu. lagu leh buat pikirang ako merewang menyusup ntah ke celah2 mana, mungkin terbang jauh atas langit melangkawi bima sakti kot? hehe.

Ok la. cukup buat pagi nie. ako dah nak mula kan kerjer ako nie. insyallah kalau ader kesempatan ako post la aper2 lagi.

bubye. wsalam.

Monday, July 18, 2005

Hobi - terbaru dan terkini [Re-post#Monday, July 18, 2005]

Assalamualaikum wbt.


akhir nyer...
ader masa terluang untuk menambahkan citer kat dalam blog nie.

sibuk kebelakangan nie. dengan kerjer, masalah dalaman, luaran, masalah dunia, masalah masyarakat dan lain2 lagi.

ako ader hobi terbaru. tatau ler dari maner datang idea nie. tapi ako rasa bole la buat ako menghabiskan masa yang ader [walau pon dalam nyata ako memang tak cukup masa.]. sekarang nie ako sibuk mengambik gambo aper2 mender yang ako rasa best, sebagai contoh nyer gambar aper yang ader atas meja masa ako berlepak kat mana2 kedai. agak nyer dah tak der kerjer yang labih menfaat gak nyer. hehe.

nie gambar yang ako post kat blog nie. gambar aper ek?

Ni gambo roti jala, sagu gula melaka ngan air bandung soda. sedap weh! nie ako makan kat kedai "Chatter's corner" kat USJ. tatau ler USJ baper tapi berdekatan ngan taipan la. makanan nyer ok la sedap. yang penting sekali kat sini korang leh jumper makana tradisional yang korang tak bole jumper kat kl. lain la kalau bulan posa. cuber la bagi tau maner nak dapat kan sagu gula melaka kat kl ni? roti jala? tapai? ubi rebus? susah weh!

kat sini tenang sket kalu nak makan2, sebab diorang tak bukak musik kuat2. kire kalau makan tu, makanan bole dihadam kan ngan cepat tanpa gangguan luaran la. hehe. kat sini ako slalu lepak makan2, dan baca novel kat sini. tak ader orang yang pelik kalau ako buat macam tu sebab kebanyakkan orang yang ako tengok lepak saner pon banyak yang bawak novel tebal2. kalau diorang tak bawak novel pon diaorang bawak "laptop" main tenet ke, buat kijer ke, dah aper2 je la.

hmm. tengok gambo makanan ni jadi lapo laks. ok la. ako nak pg lunch nie. tengok ler kalau makanan yang ako makan nanti best, ako amik la gambo untuk korang. hehe. ok la. slamat menjamu selera. wsalam.

Friday, June 24, 2005

Hari Indah - Resolusi 1 [Re-post#Friday, June 24, 2005]

Selamat pagie.


Hari yang indah hari ini. cuaca terang tetapi tak menyilaukan mata. Angin sepoi2 bahasa, silap2 bole membuatkan mata yang baru nak terbuka jadi berat serta-merta.

Hari ini hari jemaat, bermaksud hari ini hari last ako bertapa dalam upis untuk minggu nie. Akhir nyer sampai la hari untuk ako merehatkan diri ako. Untuk pengetahuan, ako dah pon menghabiskan satu CD PS1. "Game Over" kater orang putih. Rasa macam bertaun nak menghabisi kan game tu. Rasa puas ati sangat. Maner la tak nyer, dekat2 sebolan lebih ako mengadap tv tiap2 malam, memupuk semangat untuk menghancuskan kejahatan yang mengganggu. Selagi tak abis ibarat makan tak kenyang, mandi tak sempurna, tido tak nyenyak. gitu la gamak nyer.

Semalam ako pg melepak kat kedai mamak. Bukan cadangan ako tu, kawan ako ila yang ajak melepak saner. Tak ader mender penting pon, cumer dia ader sket persoalan. Dia perlukan pandangan orang lain atas aper yang dia alami. Ako bukan nak citer pasal aper yang dia luahkan kat ako, ako nak citer aper yang adik dia borak ngan ako. Adik dia namer lina. Ok la orang nyer. First time ila bawak adik dia jumper ako, punyer la lama ako kawan ngan dia.

Adik dia baru abis study kat UPM jurusan Industrial Design, tapi lom grad lagi. Insyallah dalam taun nie gak. Borak2 tentang designing tetiba pikiran ako tercetus satu ilham dan ianya membawa seribu pertanyaan. Ako bukan nyer pandai sangat dalam bidang seni halus nie, tapi ako minat untuk tengok, minat untuk mengakaji aper motif yang nak disampaikan oleh pencipta mender alah tu. Ako pernah terlihat diorang menggunakan tanah liat, simen, kayu, besi dan macam2 lagi unsur/medium termasuk la kanvas dan kertas. Ako tertanya2 sekire nyer ako mengambil motif atau pon medium "batu nisan", ada ke mender tu bole diterima oleh masyarakat. Mungkin ianya tak masuk akal tapi mender tu membuat ako berfikir.

Bercerita mengenai batu nisan nie, ada sorang hamba allah yang mengatakan "kalau kiter membaca aper yang tertulis kat batu nisan, kiter akan menjadi cepat pelupa". Ako bidas pendapat dia tu. Bagi ako tak masuk akal langsung aper yang dicakap tu. Ako tanyer balik, "Aper kuasa yang ader kat batu nisan tu yang bole menjadi kan orang pelupa?". Kadang2 mender2 macam nie bole buat kiter terpesong akidah. Maner tak nyer, batu nisan tu cumer seketul batu yang dijadikan penanda yang kat situ ader tertanam nyer mayat seseorang. Aper kuasa yang batu tu ader pon? tak masuk akal yang batu seketul tu mempunyai kuasa macam tu. Tak plak ako ada membaca atau terdengar hadis atau ayat kuran yang melarang sampai macam tu. Aper la!. Macam2.

Hmm. aper plan ako ari nie agak nyer. Mungkinkah ako nak pg sopping komplek sebab nak cari CD Ps1 baru, atau ako pg carik VCD/DVD baru ker, atau bermalas2 kat umah sajer.

Citer pasal VCD/DVD, nie ader ulasan sket aper VCD/DVD yang ako nengok baru2 nie.
1) Sin City - Lakonan Bruce Willis
- Ok la citer nyer. Orang cakap filem nie diadaptasikan dari citer komik. Ako tak ada ternampak komik yang berkongsi nama dengan filem nie pon. Mungkin ader cumer ako tak terperasan agak nyer.
- Dari segi jalan citer agak menarik kerana ia menceritakan mengenai 3 watak utama yang mempunyai satu titik pertembungan dalam kehidupan mereka, cumer mereka tak tau yang diorang tu pernak berjumper. Ako tak pelik kalau jalan cerite nyer macam tu sebab ako tau prngarah nye suker buat citer2 jenis macam tu. Nama pengarah nyer Quentin Tarantino. Pengarah citer "Pulp Fiction".
- Untuk pengetahuan semua, citer ni dalam hitam putih. Bukan sebab diaorang tak der budget nak buat filem dalam kaler, sebab macam ako cakap tadi filem ni adaptasi dari komik. Kalau komik tu dalam itam putih, filem pon macam tu la jugak.

2) Batman Begin - Lakonan Christian Bale
- Sebenar nyer ako pon tatau saper batman baru nie. Ako tengok citer ni pon sebab watak batman tu.
- Citer nyer masih mengekalkan kegelepan malam kat Gotham city. Cumer pada permulaan citer ada la dalam keadaan cuaca terang sket. tu pon masa batman tu dalam proses pencarian diri dia yang sebenar.
- Gadget batman tu ok la. tak ler mengancam sangat. Ako suker keter batman tu nampak ganas sket dari pada keter batman2 yang lepas2.
- Kenapa aper watak awek batman tu? ako tak paham. Ako rasa kalau citer tu lebih di tumpukan pada watak batman tanpa kehadiran awek tu pon tak ader aper yang kurang. Sajer nak selitkan watak feminin dalam citer batman kot? Yer la, dah la batman tu jantan, orang jagi dia pon jantan, orang jahat dia jantan, nanti boring plak jantan2 yang nengok citer tu kan? kan? kan?
- Satu soalan. batman tu sebenar nyer ninja ker? Kalu macam tu "Ninja Turtle" pon leh jadi batman kot?

Lepas balik dari lunch hour. Abis kan masa dalam keter baca novel "Taipan-James Clavell". Luar tu ujan lebat tak dapek nak gi semayang jemaat. Dari pada buat mender tak berfaedah baik ako membaca, ada gak mender yang ako dapat. Buku tu dah lama ako tak baca, tak ader masa nak diluangkan. Naper la tak busan2 ako baca buku dari pengarang nie. Mungkin sebab citer dia menarik kot. Atau latar belakang citer tu menarik. Aper2 pon kalau ader antara korang yang minat membaca, pg la kedai buku baru, atau kedai buku terpakai carik la buku karangan dia nie.

Ok la. nak pg sambung kerjer dah. buhbye!

Thursday, June 23, 2005

Lirik - Inspirasi? [Re-post#Thursday, June 23, 2005]

"Every hour of every day I'm learning more

The more I learn, the less I know about before
The less I know, the more I want to look around
Digging deep for clues on higher ground"

UB40 - Higher Ground

tetiba ako teringat pasal lirik lagu nie. bole di kater kan dah lama ako tak dengar lagu2 berentak reggae ni. ntah naper terngiang2 kat telinga ako. setau ako tak ada plak ako terdengar lagu nie main kat radio atau cd.

dalam maksud potongan lirik tadi, penuh dengan maksud dan inspirasi.

sepatut nyer sebagai sorang manusia kiter kener ader semangat yang macam mana dilagukan tu. lebih2 lagi kalau kiter nie mengaanggap diri sendiri sebagai sorang islam. kehausan untuk mempelajari sesuatu yang baru, keinginan untuk mendalami aper yang pernah kiter pelajari. tak kesah la samada mender tu dalam bidang akademik atau pon tidak, samada mender tu pernah dipelajari di sekolah atau pon dari aper yang kiter pelajari secara tak langsung.

kupasan diatas secara tak langsung membuat ako berfikir - naper la kurang nyer lagu2 melayu yang ader cumer membawa kesedaran yang macam tu. rasa nyer dah sesat pasaran lagu2 melayu yang berbait kan puisi2 yang tak bermaksud, yang tak bertenaga dan tak ader membawa secubit kesedaran langsung. sumer citer pasal keseronokan bercinter la, keseronokan barpasangan la, dll. tak cukup tempat kalau ako nak kritik lagu2 jenis macam nie.

ok la. ako nak sambung buat kerjer. ni pon tengah dijeling2 oleh bos. wasalam.

Tuesday, June 21, 2005

M-a-l-a-s [Re-post#June 21, 2005]

Malas nyer nak keje.

Semakin ari rasa tersangat la malas nyer nak keje.

tatau ler naper.
rasa macam dah tak best nak kerjer. bukan sebab kerjer banyak menimbun. bukan sebab geng2 secawat tak best.
mungkin sebab bos yang kurang menyenang kan kot? almaklum ler bos pompuan.

ako paham dept ako nie dept baru. orang keliling asik perati jer performance kerjer kiter orang.

alamak malas nyer nak menaip.... adeh!

Wednesday, May 11, 2005

sekonyong-konyong - konyong? [Re-post#May11, 2005]

Assalamualaikum wbt...


dah 2 ari rasa susah nak bangun pagi. malas ader, sejuk sngat pon salah satu masalah gak tu. anyway, idop kener terus dan keje kener buat gak kan?

dan dah 2 malam ako tido kol 3pagi. semua bahana main PS1. hehe. nasib baik ler tak terbabas pg keje. sampai upis pon cukup2 masa je.

smalam..
ako chat dengan kawan lama ako. lama gak ako tak contact dia. dan lama gak dia tak contact ako. punya la lama sampai ako sendiri tak tau yang enpone dia kener blok. patut ler banyak kali ako antau sms tak berreply. ruper nyer enpone dah masuk air. tu la, banyak sangat masuk utan bakau ntah kemana2 ntah.

dia ok rasa nyer [daripada aper yang dia cakap la]. tapi dia tak macam dulu. macam yang ako kenal dulu. peramah, mesra, dll. kebelakangan nie cara dia berbual kelangkabut, macam ader mender yang menggangu fikiran dia. ye la. semua orang pon ader mender yang dipikirkan kan? tapi takkan la sampai macam skali penangan nyer? ako tau dia ader delimma. delimma dengan kehidupan dia. tapi ako doakan dia boleh mengharungi semua dugaan tu ngan tenang, relaks. semacam mana yang ako kenal dia dulu.

semalam jugak ako dapat invitasi sms dari kawan ako. dia nie pon lama gak ako tak jumper. ntah aper mimpi tetiba ajak kuar minum.

~ To be continued ... ~

Friday, May 6, 2005

Believe or not to believe - Big Q mark [Re-post#May 6, 2005]

Subject: FW: AMARAN dari ALLAH

Berita yang baru dibawa oleh kawan kita yang baru balik dari kelantan.

Kejadian berlaku diHospital kubang Krian, dimana seorang bayi yang baru lahir yang tangannya tertutup rapat .Tak boleh dibuka sehingga dibuat solat hajat baru bole buka.

Nak tahu apa yang tertulis dalam genggaman tersebut .Tertulis kalimah Allah s.w.t ditangan kanan bayi tersebut dan tarikh 25.11.2005 disebelah gengaman kiri. RENONGKANLAH!!!!! dan malam tadi. Siapa yang tengok Misteri Nusantara. Kesah surah dalam Al-Quran ada yg hilang!!! tak kan Mak Chik yg dah khatam 40 X Quran yang sama, boleh hilang surah tersebut oleh bahan kimia. tak logik!!!!

Subject: DIDALAM MULUT BAYI AMARAN dari ALLAH - please read!!! TRUE STORY

Begini ceritanya....

Sahabat saya tu seorang guru di salah sebuah sekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata, dia telah terbaca berita di akhbar Cina baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat.

Jadi Doctor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut. Ketika dalam pembedahan, Mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada didalam mulut bayi tersebut. Nak tahu ape dia????????

Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang didalam kandungannye bertulis dalam tulisan cina. Nak tahu tak ape kandungannye??? Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi “Ingatlah wahai manusia, sesungguhnye Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi".

Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang ketibaan hari kiamat. Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk memberikan agar bertaubat.

Jadi sesungguhnye Allah sebenarnye masih sayangkan kita kerana telah memberi maklumat tersebut. Adakah anda percaya? Dalam keadaan ini, cuba kita renungkan pada zaman Rasullulah s.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi. Contonhye lelaki kawin sama lelaki begitulah sebaliknye.

Dan didalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda-tanda hari kiamat ialah apabila orang islam sendiri yang membenci islam dan menentangnye. Ini telah terbukti pada zaman sekarang di negara kita. Jadi secara amnye, sebenarnye hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahu bila. Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila. Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu tiada berita ini. Ini adalah disebabkan pemerintah tak mahu akan menjadi kecoh dinegara ini.

Jadi sama-samalah kita renungkan bersama sesungguhnye berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap sedia untuk menanti ketibaan hari kiamat.

Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaitu akan berlaku gempabumi ditiga tempat. Timur tengah, barat dan timur. Waktu itu baru Turki dan Taiwan. Tup..tup..Mexico di landa gempabumi yang dasyhat juga seminggu. Dan Allahyarham Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan berlaku kekecohan diIndonesia dan Turki.

Sama sama kita renungkan. Buktinya jelas makin nyata dari hari ke hari. sabarlah menanti. sekian ini adalah keratan email yang dihantar oleh seorang rakan kepada saya. oleh itu menjadi tanggungjawab saya untuk edarkan pada semua.

Sekian.

Notis dlm Mulut Bayi (pernah disiarkan disebuah akhbar berbahasa Cina)

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW). "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan- amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

The bottom line : ako cume percaya aper yang kat last paragraf kat atas nie je.

Wednesday, May 4, 2005

The Return... [Re-post#May 4, 2005]

Assalamualaikum...


lama giler ako stop mengadap blog nie. jejari ako pon dah tak reti nak menaip dah. aper lagi nak dapat idea nak mengarang nie.

setaun lebih ako menyepi...

macam2 perkara datang dan pergi..

ada yang gembira, ada yang sedih [biasa ler, dalam idop mesti macam tu. kalu asik gembira je busan plak nanti.]

Ako dah pindah keje. keje nie ako rasa ok la sket dari kerje yang ako buat dulu. rasa lebih tenteram. lebih releks la, ikot kete orang. ganjaran nyer pon bole tahan. cukup la untuk menampung pembiayaan idop ako, tolak utang piutang. yang penting ako seronok keje sini.

ntah la. bukan nyer ako tak syukur ako dapat keje nie, bersyukur la jugak. tapi ntah la, agak nyer memang ako jenis yang tak kesah dan tak amik kesah kot. mungkin ako jenis manusia yang terima aper yang tuhan kasi [baik ke, buruk ke], ako terima je. ye la. ako nie sape nak kritik pemberian tuhan kan? ako ader sket menyesal kerana ako tak reti nak menunjuk kan kesyukuran atas aper yang ako dapat. ako tak ader kekuatan nak tunjukkan. aper yang bole ako buat, buat baik kat orang, tolong orang yang memerlukan bantuan.

ako tak ader cara lain dah...

ako bersyukur dengan cara ako tersendiri... harap2 cara ako tu diterima, walau pon orang lain rasa cara ako tu melampau. saper diorang nak menghakimi ako?

untuk kerje baru nie, ako dikehendaki kursus kat s'pore, seminggu. ako dah balik pon dari saner. ok la s'pore. orang2 saner tak la seteruk aper yang ako jangka, atau aper yang digembar gemburkan oleh rakan2 ako. diaorang ako rasa lebih sopan [dari segi sosial life tu ako tak leh la nak komen]. diorang lagi senang dibawak berbicara, senang dia ajak berbual.. tak kesah la aper jua topik yang nak dicakapkan.

seminggu ako kat saner, banyak ragam manusia ako lihat, ako perhati, ako kaji. banyak jugak perbandingan ako buat, tak perlu banding dengan orang lain, cukup la perbandingan dengan diri ako sendiri. banyak ako blaja, salah satu nyer macam mana nak menggamit hati seseorang untuk meluahkan perasaan dia tanpa dia sedari. susah tu. mata pelajaran nie tak ade diajar kat sekolah rendah, sekolah menengah atau pon kat IPTS/IPT. mahal harga nye.

hmm. jap lagi ako ader test. tengah menunggu saat2 dan detik2 kritikal untuk ditest. exited ader, gabra ader, pendek kater "macam2 ada". hehe.

ok la. ako nak pegi "author" profile ako jap.